To All Mommies Out There...
Pertama sekali tahniah kerana memilih susu ibu buat anak yang tercinta...kedua tahniah kerana berjaya dan masih belum mengalah untuk meneruskan susuan ibu kepada si manja...tahniah sekali lagi
Banyak dipasaran milk booster sekarang dan ada yg memberi jaminan susu akan melimpah ruah selepas ambil, tetapi my dearies ilmu susuan badan itu PENTING. Ada yang berjaya dapatkan hasil seperti yang dijanjikan selepas makan ada yang tidak. Mana yang tidak itu akan rasa down sebab mereka bersemangat nak menyusukan anak disinilah perlunya ilmu susuan badan atau breastfeeding (BF). Supplement itu membantu tetapi ilmu itu kuncinya. Supplement membantu ibu-ibu lebih cergas, lebih fokus dan lebih sihat kerana bahan mentah sekarang (sayur,buah,ayam n daging) tak makan zaman mak ayah kita dulu semuanya ada pesticide,hormon dan mcm2 lagi. Supplement membantu kita memenuhi ruang-ruang kosong yang kita tidak dapat daripada makanan harian. Sebelum saya kena bash (ramai keyboard warrior skang kan) supplement ini termasuk la vitamin (apa jenis brand) dan makanan sunnah yang terdapat dipasaran.
Mommies, sebelum nak memulakan perjalanan BF anda silalah saya pohon sesgt buatlah research pasal BF,cabaran2 BF dan cara nak menjayakan BF supaya dapat menyediakan diri dari segi mental dan fizikal. Terutama ibu yg berkerja, saya tahu sebab saya pernah laluinya jgn kata saya xtau. Untuk surirumah insya allah mudah skit nak jayakan usaha BF ini walaupun ada cabarannya. Ingat yer yang supplement adalah bantuan untuk menjayakan usaha murni anda. Ada ibu yang berjaya menyusu tanpa supplemet tetapi ada bezanya dengan dan tanpa supplement. Apa yg saya tulis semua adalah pengalaman saya sendirinya jgn nak kata saya auta. Semasa anak pertama saya masih bekerja dan saya pump susu supaya dia dapat minum susu ibu walaupun saya tidak bersama dengan dia, anak kedua saya kembar saya sudah berhenti kerja dan mereka dapat susu ibu secara eksklusif. Jadi cabaran semasa bekerja dan setelah bekerja untuk menjaya usaha murni susuan ibu ini insya allah saya telah hadapi.
Bagi penjual supplement tolong educate buyers korang pasal ilmu BF supaya mereka faham konsep BF bukan semata nak jual produk sahaja nti menjawabla kat padang masyhar nanti. Saya bangga mengata saya jual supplement sbb saya consume supplement jadi saya nak tolong mereka yang ambil supplement juga. Sapa yang meniaga tak nak untung TETAPI etika come first.
Kenapa saya merepek panjang ni sbb xnak org salah faham tentang konsep penyusuan kena makan supplement baru boleh menyusu kalau tak usaha murni tu tak berjaya.Ada yg dah berbunyi kata pengedar supplement racun fikiran ibu-ibu yang tak makan supplement xleh nak menyusukan anak dan saya risau ada pihak yang tidak bertanggungjawab turn the table around mengata kami penjual supplement jual konsep penyusuan untuk menjual brand kami. Susu manusia untuk bayi manusia even dlm Al-Quran sendiri ada menyatakan betapa pentingnya susu ibu. Nti saya share post Master Lyna mengenai susu ibu semasa zaman Nabi Musa. Ringkasannya setelah isteri Firaun mengambil Nabi Musa, Firaun berusaha mencari ibu susuan sedangkan dengan harta yang dia ada boleh jer bagi Nabi Musa susu kambing sebagai ganti. Nampak tak pentingnya susu ibu.
Mommies yg BF teruskan usaha murni anda , mommies yg ada niat nak BF sila lengkap diri anda dengan ilmu dan para pengedar supplent sila berniaga dengan etika. Dibawah antara entries yang saya tulis mengenai breastfeeding,ada banyak lagi sila search guna label "susu ibu" atau "breastfeeding" diharap dapat memberi manfaat.
Kisah Penyusuan Ibu Dalam Surah Toha
Sebelum Nabi Musa lahir, Firaun mendapat alamat bahawa akan lahir seorang pemuda yang bakal menentangnya. Maka Firaun pun mengarahkan semua bayi lelaki yang dilahirkan di Bumi Mesir agar dibunuh.
Ketika Nabi Musa dilahirkan, ibunya menyorokkannya, masukkan ke dalam sebuah peti dan dihanyutkan ke Sungai Nil. Bayangkan luluhnya hati ibu, hanya sempat susukan anaknya sekejap saja kemudian terpaksa relakan perpisahan.
Ibu Nabi Musa menyuruh kakaknya untuk mengikut ke mana peti itu pergi.
Peti yang berisi Nabi Musa telah sampai ke tempat isteri Firaun, Asiah yang mandi di tepi Sungai Nil. Dengan perlindungan Allah kepada Nabi Musa, Asiah jatuh kasih padanya, dan memujuk suaminya agak mengambil bayi itu sebagai anak angkat.
Firaun ni walaupun zalim tapi sangat sayang pada isterinya. Akhirnya Nabi Musa dibawa ke istana.
Bila dah ada baby ni kena la bagi makan kan? Tidak pula mereka beri makan kurma ke pisang ke atau susu kambing atau unta. Sebaliknya dicarikan ibu susuan untuk anak tu.
Satu demi satu wanita menyusu dipanggil untuk menyusukan Nabi Musa. Tapi tiada seorang pun yang berjaya menyusukannya. Semuanya ditolak oleh Nabi Musa. Susah hati ibu bapa angkat ni bila si bayi dah nampak macam dehydrate tak nak minum susu.
Akhirnya datanglah seorang wanita. Wajahnya lembut. Matanya berkaca. Bila saja wanita itu mengambilnya, Nabi Musa terus diam dan menghisap susu sehingga kenyang.
Wanita itu adalah ibunya sendiri.
فَرَجَعْنَاكَ إِلَىٰ أُمِّكَ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ
Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita
[Toha:40]
Bila ibunya berjaya menyusukan Nabi Musa, dia minta izin untuk bawa Nabi Musa pulang untuk disusukan. Sebab rumah dia jauh. Firaun setuju dan berikan sejumlah duit upah kepada ibu Nabi Musa (dia taktau pun tu ibu Baginda sendiri).
Begitulah secebis kisah dalam al-Quran tentang penyusuan susu ibu.
Firaun kaya dan ada macam2, mungkin bab nak beri susu dia tak payah susah2. Macam2 binatang ternakan boleh diperah dan diberi minum.
Tapi mereka tetap juga nak beri susu ibu kepada sang bayi.
Dan hikmah Allah nak cerita tentang hubungan ibu dan anak, walau berpisah sejauh mana pun anak tetap kenal ibunya.
Mudah-mudahan menjadi motivasi ibu2 untuk menyediakan diri memberikan yg terbaik untuk anak2 kita - susu ibu.
1. Susu ibu tiada?
2. Susu ibu cair?
3. Susu ibu : Titisan Emas
4. Susu ibu : Power Pumping
5. Cara Pengurusan EBM (Expressed Milk Breast)