Kisah Lelaki Yang Sentiasa Berlapang Dada





Selamat Hari Ahad..Selamat Beristirihat Dihujung Minggu...

Tetiba hari ni rasa nak share satu cerita yang saya baru lepas baca mengenai seorang lelaki yang  sering memberi hutang pada orang lain dan tidak memaksa sipemiutang membayar hutang dengan penuh cukup la dibayar berapa sahaja yang orang itu ada.

Kisahnya:

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki yang tidak pernah sekalipun berbuat baik, cuma dia biasa memberi hutang kepada orang lain. Suatu hari dia berkata kepada hambanya, "Ambillah berapa pun yang disimpan, jangan menyusahkan orang dan seringlah memberi maaf. Mudah-mudahan Allah berkenan mengampuni kita."

Setelah lelaki itu meninggal dunia Allag s.w.t bertanya, " Adakah kamu pernah berbuat baik?" 
Dia dengan jujur menjawab, " Tidak, cuma aku mempunyai seorang pembantu dan aku biasa memberikan hutang kepada orang lain. Ketika aku meminta pembantuku untuk mengutip hutang selalu saja aku berpesan kepadanya, 'Ambillah berapa pun yang dia berikan, jangan menyusahkan orang dan selalulah memaafkan orang lain,mudah-mudahan Allah mengampuni kita.'"
Kemudia Allah berfirman, "Cukup, Aku telah mengampunimu."

Pengajaran yang kita dapat daripada kisah pendek ini :

1. Kita digalakkan berlapang dada dan memberikan maaf kepada orang lain dan berkelakuan baik semasa berurusan dengan orang lain.

2. Menerangkan betapa luasnya rahmat dan ampunan Allah s.w.t walaupun amalan yang kecil namun mendatangkan pahala yang besar.

3. Perkataan Allah terhadap seorang hamba bergantung kepada akhlak hamba tersebut terhadap hamba-hamba Allah yang lain. Apabila seseorang berhati kasar, maka demikian juga Allah akan memperlakukannya. Barang siapa berlemah lembut, sayang serta memberi kemudahan kepada sesama manusia, nescaya Allah jua akan berlemah lembut dan sayang kepadanya.

Berlapang dada dan memberikan maaf nampak senang tetapi sangat susah untuk dibuatkan tetapi itulah yang sepatutnya kita buat. Ini menjadi ingatan kepada saya juga kadang-kadang tanpa sedar sakit hati yang sedikit boleh menjadi dendam yang amat dalam tanpa kita sedar. That why have to let go.

Ok, kalau ada cerita menarik lagi akan saya share lagi.. Enjoy your weekend..


0 comment... add one now