Shaklee And Me




Hari ini tetiba rasa nak flashback lak macam mana berkecimpung dengan Shaklee, tetiba rasa sentimental lak hari ni. Kenal Shaklee tahun 2010 selepas lahirkan anak pertama selepas google pelbagai cara dan makanan yang boleh menjadi milkbooster. Human milk for human baby kan jadi berusaha nak beri yang terbaik untuk anak, masa tu saya masih bekerja jadi agak mencabarla nak pastikan anak minum susu ibu. Stok frozen EBM pula tiada, hari ni pam untuk esok punya stok harusla stress fikir macam mana nak buat ni. Berjumpa dengan Set Tambah Susu Ibu Shaklee, baca banyak testimonial semua kata banyak membantu. Ada yang kata susu jadi banyak setiap kali pam memang dapat hasil yang lumayan, ada yang kata susu jadi lebih pekat jadi baby minum sikit pun dah kenyang. Saya pun cuba lah, alhamdulillah berkesan. Walaupun susu tidaklah melimpah ruah tetapi bertambah daripada biasa dan menjadi pekat. Tetapi cabaran nak bagi anak minum susu ibu masih ada, tapi itu another time punya cerita.
Shaklee terus menjadi peneman saya sehingga sekarang walaupun ada on off tapi Shaklee tetapi dihati. Selepas wean off anak pertama saya ambil Shaklee untuk menurunkan berat badan sebab Ya Allah badan naik bagai dipam-pam, saya ambil Alfalfa dan Lecithin tambahan kepada vitamin yang dah sedia ada ( Vitalea, B Complex, Vitamin C). Tetapi tak lama pun, tak sempat badan nak turun Allah kurniakan saya anak kedua dan ketiga yezza mengandung sekali lagi dan kali ni kembar pula. Syukur alhamdulillah walaupun pada awalnya sangat la susah nak percaya kenyataan. 
Semasa 35 minggu mengandungkan kembar
Untuk kandungan kedua ini saya ambil set hamil dari awal sebab mengandung kembar jadi perlukan extra of everything. Saya vitamin basic (Vitalea, B Complex, Vitamin C) ditambah dengan Ostematrix dan Omega Guard. Alfalfa dan Lecithin stop dulu, to be continued lepas bersalin hehehe. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar semasa mengandung biasanya HB low tetapi xder la teruk sangat. Berat badan toksah cakap la masa ni memang sangat menakutkan tetapi sangat tidak disangka selepas bersalin berkat menyusu badan (kali ni alhamdulillah ilmu sudah bertambah), ambil Shaklee dan berpantang berat badan berkurangan dengan amat mudah. Susu badan alhamdulillah mencukupi dapat buat stok frozen EBM, babies tembam dan mommy slim hehehe.
Betapa kecilnya kembar semasa baru lahir, alhamdulillah dapat naik badan dengan cantik

Selepas bersalin saya ambil Set Berpantang Shaklee dan Set Triple M. Dua-dua set ini banyak membantu, badan tidak lemau terasa bertenaga berbanding semasa anak pertama dulu. Cabaran berpantang anak kembar memang mencabar tidak dinafikan tetapi itu adalah dugaan Allah dah corakkan untuk saya. Apa yang saya boleh buat hadapinya dengan sebaik mungkin. Dengan Set Triple M saya dapat menyusukan kembar secara esklusif selama 2 tahun tanpa campuran susu formula, kali ini memudahkan lagi kerana saya sudah jadi surirumah sepenuh masa. Selama 2 tahun jimat duit beli susu formula hehehe tapi lepas tu Subhanallah satu bulan berkotak-kotak budak berdua ni minum. 
Kembar sekarang dah wean off tetapi saya masih lagi ambil Shaklee untuk menjaga kesihatan bukan saya sahaja yang ambil suami dan anak pertama juga makan vitamin Shaklee. Kalau disenaraikan vitamin yang kami telah makan sepanjang saya kenal Shaklee banyak juga dalam sedar tak sedar. Tak percaya, ni ha list dia

1. Vitalea

2. Vitamin C
3. B Complex
4. ESP (My Favourite)
5. Zinc
6. Vitamin E
7. Alfalfa
8. Lecithin
9. Omega Guard
10. Herb Lax
11. Carotomax
12. DTX Complex
13. Nutriferon
14. Ostematrix
15. Vitamin C Chew
16. Performance Drink

Kalau dalam group saya yang paling sedikit ni, kengkawan yang lain lagi banyak yang mereka sudah guna termasuk produk muka dan produk rambut. Ada satu produk Shaklee yang saya guna adalah Basic H, pencuci serba guna bersifat semulajadi, tiada bahan toksin dan selamat digunakan. Ada pelbagai kegunaan, saya guna untuk basuh botol susu anak dan basuh sayur serta buah-buahan. Pernah juga guna untuk mandikan anak pertama semasa dia kena gatal-gatal dan ruam satu badan.


Masih banyak produk Shaklee yang saya masih belum cuba dan yang top of my list adalah VIVIX. Sangat kepingin mahu mencuba hehe. Khasiat VIVIX sangat mengagumkan dan sudah berapa ramai yang berkongsi pengalaman dorang ambil VIVIX, best sangat. Khasiat yang paling best adalah awet muda uolzzz, tak nak ker. Mestilah nak kan.


Oklah, sampai sini la dulu saya merapu lain kali saya cerita lagi yer. Muahciked




0 comment... add one now