Bila tengok orang asma sedut inhaler atau batuk tak henti kesian kan. Dada mereka sempit susah nak bernafas. Asma ini adalah penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas, ketika asma menyerang keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol didalam paru-paru menjadi sempit. Dalam bahasa ringkasnya apabila asma menyerang laluan udara pesakit akan menyempit menyebabkan mereka sukar bernafas oleh sebab itu mereka akan sesak nafas jika keadaan menjadi serius mereka boleh pengsan kerana kekurangan udara. Ketika serangan asma juga gejala pernafasan bersiul (wheezing) dan batuk berpanjangan selalu berlaku. Menurut kajian, kanak-kanak yang mengalami asma semasa kecil akan sembuh apabila usia mereka meningkat.
Punca sebenar asma masih belum dapat dikenalpasti tetapi serangan asma selalunya disebabkan :
- alahan kepada kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kelapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan (sel-sel mati)
- udara sejuk
- senaman
- jangkitan sistem pernafasan
- tekanan emosi
- aspirin dan ubat seumpamanya
Jenis-jenis asma :
1. Elergi (Allergic rhinitis)
Berpunca daripada elergi yang kronik, hidung akan sentiasa berair, batuk dan mata berair. Biasanya doktor akan bekalkan ubat yang mengawal elergi.
2. Senaman (Exercise-Induces Asthma)
Biasanya terjadi ketika melakukan senaman atau aktiviti fizikal. Saluran pernafasan akan menjadi sempit selepas 20 minit senaman bermula. Kebiasaan doktor akan menasihatkan supaya menggunakan inhaler sebelum melakukan senanam.
3. Batuk (Cough-Variant Asthma)
Batuk yang berpanjangan dan selalunya disebabkan jangkitan kuman dan elergi.
4. Pekerjaan (Occupational Asthma)
Hanya ditempat kerja sahaja gejala asma ini muncul, ini kerana persekitaran ditempat kerja. Pesakit akan mengalami hidung berair, sakit mata ataupun batuk.
5. Waktu Malam (Nighttime (Nocturnal) Asthma)
Gejala asma lebih senang muncul ketika waktu tidur kerana dipengaruhi oleh rentak tidur ataupun circadian rhythms.
6. Sakit yang hampir menyerupai asma (Health Conditions That May Mimic Asthma)
Gejala yang lebih kurang seperti asma tetapi sebenarnya bukan asma, tidak bertindak balas terhadap ubat asma. Jika ini berlaku sila dapatkan nasihat doktor.
Bacaam lebih lanjut : Types of Asthma
Tetapi, selain daripada ubat hospital masih kah ada cara lain untuk mengawal gejala asma. Salah satu caranya adalah kenalpasti pencetus asma dan cuba jauhinya. Sebagai contoh kulapuk jika itu adalah pencetus asma sila selalu bersihkan kawasan rumah, bilik air dan kawasan sekeliling. Gunakan cat anti kulat dan kulapok. Jika boleh gunakan alat untuk mengawal kelembapan supaya tahap kelembapan dapat dikurangkan.
Bacaan lebih lanjut : Controlling Asthma Triggers
Selain dari mengawal pencetus asma mengambil supplemen juga boleh membantu seperti Omega-3 fatty acid dan anti oxidants seperti vitamin C dan vitamin E. Yoga juga dapat membantu mengawal penafsan dan menghilangkan stress. Diet harian juga harus diperhatikan, jika ada elergi sila jauhinya.
Ada juga herba yang dipercayai dapat membantu asma walaupun tiada kajian saintifik tetapi boleh dicuba dengan nasihat dari doktor kerana ada sesetengah herba mempunyai kesan sampingan dan ada diantara herba juga menjadi berbahaya jika bergabung dengan ubat yang lain. Disebabkan ini saya minta jika ingin mencuba cara alternatif sila dapatkan nasihat doktor. Ini berkaitan dengan nyawa jadi perlu bertindak secara bijak.
Pelbagai petua terdapat bagi membantu melegakan asma diantaranya menggunakan madu dan halia. Madu adalah makanan sunnah dan mempunyai pelbagai khasiat dan bagi penghidap asma madu membantu mencairkan dan membuang lendir yang terdapat pada saluran pernafasan manakala halia membantu menghentikan keradangan pada saluran pernafasan. Antara cara untuk menggunakan dua ramuan ini adalah satu sudu teh madu diminum setiap hari untuk halia pula satu sudu teh halia dan satu cawan fenugreek (halba) diminum setiap hari. Dua bahan ini juga boleh diambil sekali dengan cara jus halia segar dicampur dengan madu dan diminum setiap hari.Walau apa jua kaedah alternatif yang diguna setiap asma dipengaruhi pelbagai faktor oleh itu amat penting mengetahui kaedah mana yang paling sesuai dengan diri kita.
Bagaimana untuk mengesan rawantan alternatif asma adalah selamat?
- Dapatkan nasihat doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat atau herba.
- Jika ada kesan sampingan seperti loya,muntah,jantung berdegup laju, insomia, ruam pada kulit, cirit birit dan keresahan.
- Berhati-hati dengan iklan yang menjanjikan cara alternatif merawat asma, carilah kajian saintifik yang dapat menyokong atau cari lah orang yang lebih tahu. Dengan kata lain sila buat research sebelum mencuba.
- Pilih jenama yang boleh dipercayai.( Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi dan mempunyai kajian makmal bagi setiap produknya. )
Sumber : Wikipedia, WebMD, adanaberkat_petuaideadanpandangan.blogspot.com
Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.
Shaklee mempunyai rangkaian produk yang boleh diambil bagi mengawal asma antara yang dicadangkan ada Nutriferon, Omega Guard, Vitamin C, Vivix
Nutriferon untuk meningkatkan imunisasi badan, supaya lebih daya tahan penyakit.
Entri Berkaitan : Kuatkan Imuniti Badan Dengan Nutriferon Shaklee
a) Mengukuhkan sistem imun didalam masa 3 hari b) Mengaktifkan hemoglobin bagi melawan sel-sel tumor dan kanser c) Melindungi dari Influenza d) Meringankan stress dan kelesuan e) Melambatkan penuaan f) Sesuai bagi pesakit Hepatitis B & C bagi mengurangkan infeksi g) Membantu wanita menghadapi menopaus h) Mengurangkan simpton PMS
Omega Guard merupakan sumber asid lemak 3 yang terbaik
Entri Berkaitan : Omega Guard Shaklee - Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Kelebihannya?
- Mampu mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS
- Kulit menjadi licin dan kemerah-merahan
- DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah.
- Membantu didalam mengawal kolestrol dan mengurangkan risiko sakit jantung.
- Mengawal masalah obesiti
- Bagus untuk tumbesaran dan perkembangan otak janin
- Membantu perkembangan memori.
- DHA adalah nutrien utama bagi otak, sistem saraf dan retina, ia adalah penting terutama3 bulan terakhir semasa didalam kandungan. DHA meningkatan daya ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran serta mencegah migrain.
- Meningkatan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
- Menentang kanser kerana kajian ada menyatakan omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.
- Merangsang kesihatan hat selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
- Mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.
- Mencegah insomia dan membantu mengurangkan tekanan. EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan mental (kemurungan, tekanan, neurasthemia, autism, kanak-kanak hyperaktif dan skizofenia.
Vitamin C Shaklee merupakan sustained release yang bermaksud Vitamin C akan dilepaskan kedalam sistem badan secara perlahan-lahan selama 5 jam. Ini bermakna Vitamin C sentiasa ada didalam badan.
Entri Berkaitan : Nak Cantik? Nak Sihat? Tapi Baget Tak Mengizinkan...Vitamin C Pun Dah Cukup
5 Kebaikan Vitamin C Yang Semua Orang Kena Tahu:
1. Membantu pembentukan kolagen
2. Meningkatkan sistem imun badan
3. Mencantikkan kulit
4. Memperbaiki insomnia
5. Antioksidan yang bagus
Vivix merupakan antioksidan yang terbaik dihasilkan oleh Shaklee.
Entri Berkaitan : Shaklee Vivix : Mahal Tapi Berbaloi
Kebaikannya :
1. Menyokong fungsi jantung dan kardiovaskular yang sihat.
2. Menyokong otak yang sihat.
3. Menyokong sistem imun badan.
4. Menyokong sistem sendi-sendi.
5. Merangsang kesihatan yang baik.
6. Membekalkan anti oksidan bagi melawan radikal bebas.
Kita berusaha selagi untuk sihat dan terus berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Esa.