Dulu masa kita kecik mak kita selalu suruh makan sayur makan buah kalau tak makan mulalah kena bebel. Sekarang giliran kita pula bebel kat anak bila mereka tak nak makan sayur makan buah...hehehe


Bagi mereka yang berdiet mesti sentiasa mencari cara atau makanan yang boleh membantu diet mereka. Berdiet tidak bermaksud wajib berlapar itu bukan diet tapi seksa diri namanya. Salah satu buah yang boleh membantu adalah pisang. Jadi jika tidak mahu makan nasi silalah makan pisang tetapi kawallah kuantitinya nanti bukan kurus tetapi bertambah naik pula badan. Pisang mengandungi kandungan karbohidrat yang mudah dicerna badan disamping kaya dengan serat dan vitamin-vitamin lain. Penghidap diebetis tidak digalakkan makan pisang kerana kandungan gula yang agak tinggi walau apapun kawalan diri itu penting.

Ok kita beralih ke buah lain pula, buah nenas.Tahu tak yang buah nenas mengandungi enzim Cystine yang membantu memperbaiki rambut dan melambatkan penuaan pada rambut. Selain itu nenas kaya dengan vitamin C juga.
bromelain dan kalium yang boleh membantu sakit gout tetapi jangan makan nenas yang terlampau masak ia boleh menyebabkan asid uric meningkat. Satu lagi fakta menarik mengenai nenas adalah ia baik untuk rambut kerana nenas mengandungi
Buah Delima selalu kita dengar kalau mengandung selalu makan buah delima supaya anak pandai. Buah delima memang makan sunnah jadi tidak heran lah kerana buah delima ada bermacam-macam khasiat. Antaranya tinggi anti oksidan lebih tinggi dari acai beri dan teh hijau, bila anti oksidan dah tinggi maknanya bagusla untuk kulit dan sel. Dengan kata lain awet muda la. Disamping sel-sel badan sentiasa sihat melawan radikal bebas,amalan makan buah delima juga bagus untuk kesihatan jantung.

Satu lagi jenis buah yang boleh membantu kita mengurangkan kadar LDL adalah buah mangga. Buah mangga kaya dengan pectin, vitamin c dan serat jadi bagus untuk kolestrol,sistem imun badan dan pencernaan. Disamping itu mangga juga bagus untuk mata kerana mangga mengandungi kandungan vitamn A yang tinggi.