Apa tu antibiotik?
Ala ubat yang doktor selalu suruh habisan kalau pergi klinik tu.
Owh, so sekarang apa isunya pula?
Isunya adalah ada bakteria yang sudah kebal pada antiobotik atau term yang kita guna antiobitic resistance.
Isu ni bukan isu biasa tau, WHO (World Health Organization) pun risau pasal benda ni sebabnya kalau bakteria dah mula kebal dengan antibiotik yang ada macam mana kita hendak lawan penyakit. Antibiotik ni untuk melawan dan merawat penyakit yang berasal daripada bakteria sahaja yang daripada virus tidak termasuk tau. Jika banyak bakteria mula tidak response dengan antibiotik kesannya waktu rawatan akan makin panjang, kalau admit hospital lambat la keluar, selalu keluar masuk hospital dan kos perubatan pasti akan bertambah.
Bagaimana boleh wujud kerintangan antibiotik (antibiotic resistance)?
Keadaan ini wujud apabila bakteria tidak lagi bertindak balas pada antibiotik. Dengan kata lain bakteria menjadi bertambah pandai untuk mengelak daripada terkesan dengan antibiotik antara caranya bakteria tersebut akan neutralkan kesan antibiotik padanya, ada yang bina lapisan luar untuk menghalang daripada serangan antibiotik dan ada yang boleh keluarkan antibiotik daripada sistem dorang. Bijak tak bijak bakteria ni. Sebab tu antibiotik sudah tidak berkesan pada dorang lagi sebab dorang dah tahu macam mana cara hendak elak. Apabila wujud bakteria yang bijak dikalangan bakteria-bakteria yang ada, bakteria bijak ini akan terselamat daripada serangan antibiotik dan mereka bebas untuk berpindah pada orang lain pula. Mereka berkembang biak dan mewujudkan keadaan dimana penyakit makin sukar dirawat dan mengambil masa untuk sembuh.
Antara sebab adalah salah guna antibiotik untuk penyakit yang disebabkan oleh virus macam selsema, sakit tekak, jangkitan telinga dan mata. Tidak semua penyakit kita boleh kita ambil antibiotik, jadi janganla marah doktor kalau pergi klinik sebab sakit dapat ubat tapi tiada antibiotik kalau tak perlu buat apa hendak ambil. Doktor kan lebih arif pasal penyakit ni, mereka memang belajar bagaimana hendak merawat dan ubat mana yang perlu. Kalau rasa tak nak sakit dan makan ubat silalah jaga pemakanan dan gaya hidup untuk langkah pencegahan.
Kegunaan antibiotik didalam industri ternakan juga membawa kepada masalah antibiotik resistance ni sebabnya bakteria yang kebal pada antibiotik akan berpindah pada kita semasa kita makan contohnya daging lembu. Mereka gunakan antibiotik supaya ternakan tidak sakit dan membesar dengan cepat selepas diproses kita makan daging tu, bakteria yang kebal tadi tu berpindah pula pada kita. Pusingan tu tak pernah habis macam dalam gambar ni, antibiotik digunakan untuk merawat penyakit tetapi disalah gunakan kerana tidak semua penyakit boleh dirawat dengan antibiotik kemudian bakteria yang kebal pada antibiotik terhasil dan bakteria itu tersebar pada orang lain.
WHO dan badan-badan yang terlibat memang sedang menjalankan kempen untuk mengatasi masalah ini dengan tema "Antibiotic : Handle With Care" kerana isu ini penting. Bayangkan kalau semua bakteria mula kebal dengan antibiotik yang ada kemudian antibiotik baru masih lagi dalam proses penyelidikan kan bahaya tu. Sakit tetapi tiada ubat, bertambah lagi senarai penyakit tanpa ubat dalam dunia. Penyakit makin banyak jadi kita kena lebih berhati-hati. Cadangan WHO untuk kita sebagai individu mengelak tersebarnya masalah antibiotic resistane ini adalah :
- Hanya guna antibiotik yang doktor atau mereka yang bertauliah preskrip bukan beli sendiri (over the counter)
- Jangan minta antibiotik jika tidak perlu, kalau doktor kata tidak perlu jangan melawan.
- Sila ikut arahan semasa ambil antibiotik dengan kata lain doktor kata habiskan tolongla habiskan.
- Jangan berkongsi atau guna antibiotik yang lebih (leftover) sebabnya kita tidak tahu sama ada antibiotik tu sesuai atau tidak dengan sakit kita.
- Cegah jangkitan dengan menjaga kebersihan, basuh tangan secara betul dan selalu, sediakan makanan dengan cara yang betul dan bersih, elakkan berinteraksi dengan orang yang sakit, amalkan seks selamat dan vaksinasi ikut jadual (ha vaksin ini isu hot, itu hak masing-masing pepandai la fikir)
Sumber rujukan :
Boleh rujuk link diatas untuk lebih maklumat lanjut.
As for me, selain daripada ikut saranan WHO saya akan cuba cegah daripada pemakanan yang sihat dan kuatkan sistem imun badan kerana imun badan yang kuat membantu badan kita melawan penyakit. Sistem imun kita ni anugerah Allah, ibarat tentera yang bersiap sedia melawan serangan musuh kalau kita sentiasa sadokan askar-askar kita ini insya allah kesihatan itu lebih terjamin. Cara saya adalah dengan mengambil supplemen yang membantu menguatkan sistem imun seperti Vitamin C, Omega 3 dan Vitamin yang bersifat antioksidan, saya memilih untuk menggunakan produk Shaklee sebagai provider supplemen saya. Malahan Shaklee ada satu produk yang memang khas untuk menguatkan sistem imun kita iaitu Nutriferon, produk ini hasil ciptaan Dr. Kojima dengan penyelidikan selama 40 tahun. Shaklee sebuah syarikat yang sudah bertapak selama 100 tahun dan telah melakukan pelbagai penyelidikan untuk produk-produk mereka. Mereka menghabiskan ratusan dollar setiap tahun untuk proses RnD dan penulisan journal, produk mereka juga berasaskan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya.
Itu pilihan supplemen saya, bagaimana pula dengan korang semua? Jangan ambil mudah pasal kesihatan ini. Jika mahu ambil supplemen pun sila berhati-hati dan pilih syarikat pengeluar yang bagus kerana terdapat lambakan supplemen diluar sana dan tidak semuanya bagus dan membawa kebaikan. Do your homework sebelum beli dan pilihla dengan bijak.