Semalam dengar tazkirah daripada Ustaz Ebit Lew tentang penyelesaian masalah yang kita hadapi tidak kira lah masalah kecil atau pun besar. Penyelesaiannya adalah kembali kepada Allah dan serahkan diri pada Allah. Allah akan uruskan masalah kita dan permudahkan urusan kita.
Ustaz Ebit juga mencadangkan supaya kita mengamalkan amalan ta'lim untuk kesejahteraan rumahtangga untuk mengatasi masalah rumah tangga seperti rumahtangga tidak tenang, anak tidak solat, suami atau isteri yang tidak bahagia. Tetapi sebelum tu apa tu amalan ta'lim? Kita selalu dengar kan tetapi apa yang kita faham sebenarnya ta'lim ni?
Ta'lim ni pada pemahaman saya adalah majlis ilmu, majlis penyampaian ilmu iaitu proses pembelajaran ada proses belajar dan mengajar bukan semata-mata membaca al-quran sahaja.
Ikut kata Ustaz Ebit amalan ta'lim ni malaikat sangat suka kerana malaikat memang sentiasa mencari majlis ilmu, apabila rumah kita sentiasa ada majlis ilmu dan dikunjungi malaikat insya allah rumah kita akan penuh dengan sakinah dan insya allah rumahtangga kita akan penuh ketenangan.
Kita selalu lupa yang pemberi kebahagian itu adalah Allah swt oleh itu kita perlu kembali kepada Allah, serah diri pada Allah dan Allah akan uruskan segalanya. Belajar menangis pada Allah, mohon pertolongan pada Allah kerana Allah pemegang hati semua makhluk.
Untuk lebih lanjut boleh dengar tazkirah Ustaz Ebit Lew ini untuk lebih faham kenapa perlunya amalan ta'lim ini.
Kesimpulan yang saya boleh buat untuk menyelesaikan masalah :
1. Kembali dan serah diri pada Allah.
2. Bertaubat.
3. Belajar menangis dengan Allah mohon hidayah daripadaNya.
4. Hidupkan amalan ta'lim supaya hubungan kekeluargaan lebih rapat dan mesra.
5. Istiqamah.