credit : Club Jin's Zone |
Baru lepas tengok korean drama Man To Man Episode 14, lagi 2 episode nak ending bercinta la tunggu minggu depan. Leading actors Park Hae-jin, Park Sung-woong dan Kim Min-jung, plot cerita tentang secret agent yang sedang on mission melibatkan pelakon terkenal Yeo Woon-gwang (Park Sung-woong) dan pembantu eribadinya Cha Do-ha (Kim Min-jung) yang merubah diri si secret agent (Park Hae-jin) daripada seorang yang suka bersendiri tanpa komitmen kepada seorang yang ingin hidup seperti orang biasa iaitu mempunyai orang tersayang disisi.
I admit sebelum ini tak kenal pun Park Hae-jin walaupun dia sudah 10 tahun dalam industri ini dekat korea selatan, nak buat macam mana ai baru nak aktif balik korean drama lama dah tinggal. Zaman aktif tengok korean drama masa dekat uni kemudian stop sekarang baru hendak giler balik, gara-gara pengaruh adik suruh tengok Decendants Of The Sun. Lepas tengok drama tu mula lah giler korean drama datang balik berapa tahun punya cerita nak catch up membuat tidak kenal si Park Hae-jin yang sangat cool ini. Selepas tengok dia dalam drama Man to Man mula lah jatuh cinta hahaha mula la mencari drama-drama lakonan dia, antaranya Cheese In The Trap, Doktor Strangers, Bad Guys dan My Love From The Stars. Tajuk-tajuk ni semuanya familiar sebab pernah dengar tetapi masa tu keinginan hendak tengok drama korea belum timbul lagi jadi pandang sebelah mata jer la.
Sekarang dah jatuh cinta mula la mencari cerita-cerita ini semula, Cheese In The Trap dan Bad Guys antara 2 drama yang sudah habis tengok. Memang lakonan Park Hae-jin tidak mengecewakan, dia sangat pandai convey feeling setiap characters yang dia lakonan. Nanti nak tengok Doctor Strangers pula sebab dalam tu ada Lee Jong-suk juga dan dia pun favourite ai jugak tu. Sedang cari masa untuk tengok sebab sekarang ni banyak cerita dalam watching list buat masa ni, setiap hari ada drama yang currently on going yang follow jadi untuk tengok drama yang lepas-lepas kena pilih waktu yang sesuai kalau tidak jawabnya hancur segala kerja lain. Okay ai cerita sedikit pasal Park Hae-jin.
Sumber dan credit : Wikipedia, AsianWiki, Viki
Nama : Park Hae-jin
Umur : 34 tahun
Tarikh Lahir : 1 May 1983
Asal : Busan, Korea Selatan
Agensi : Mountain Movement
Tinggi : 186 cm
Berat : 73 kg
Status : Belum Berkahwin
Fan Club : http://www.club-jins.com/
Fan Club Park Hae Jin
Park Hae-jin mula berlakon tahun 2006 didalam drama keluaran KBS bertajuk Famous Chil Princesses dan dia menang anugerah Pelakon Baru Terbaik di 43rd Baeksang Arts Awards.Hebat kan!!! Selepas itu mulalah offer berlakon drama, filem dan iklan tv datang macam durian runtuh. Bukan setakat di Korea Selatan jer sampai ke China. Trend selebriti Korea ni salah satunya mereka akan join reality shows tau supaya exposure mereka lebih luas kerana reality shows sangat banyak dan ramai penonton. Lagipun peminat lebih suka lihat selebriti kesayangan dorang didalam dunia sebenar dan jangan main-main dengan korean fan yer mereka memang sangat obses dengan selebriti kesayangan dorang. Kadang kala kesian gak dengan selebriti korea ni sebab segala nya peminat dorang akan korek. Nak bercinta pun susah, untuk international fan mungkin payah la hendak cari info pasal artis korea ni (or ai jer yang susah nak cari) sebabnya bila google susah la hendak dapat info contohnya love life dorang, status dorang kadang kala dapat artikel yang macam confusing. (Maybe ai jer kut). Apapun peminat-peminat artis korea memang sangat dedicated.
Park Hae-jin masih single dan kebanyakkan artis korea ramai yang kahwin lambat sebabnya jadual mereka sangat padat dan back to back bila masa hendak bercinta. Kalau bercinta pun mesti susah sebab bila masa nak berdating kesian dorang kan. Pastu hero-hero korean drama kesukaan ai semuanya umur 30 keatas hahaha what to do i like older man. Park Hae-jin sudah masuk dalam Top 5 Hero Kesukaan ai and he will stay there for a long time.
Ini senarai filem dan drama lakonan Park Hae-jin , credit : wikipedia Park Hae-jin
Filem Dan Drama Lakonan Park Hae Jin credit : https://en.wikipedia.org/wiki/Park_Hae-jin |
So far, character yang Park Hae-jin yang ai belum boleh move on adalah Yoo Jung dalam Cheese In The Trap. Seorang yang agak twisted tetapi sebenarnya seorang yang sangat sweet dan protective orang yang dia sayang, usik orang kesayangan dia siap ko kena kena ngan aku (perumpamaannya hehe). Park Hae-jin dapat bawa watak Yoo Jung dengan baik agak similar dengan manhwa (comic Cheese In The Trap tulisan Soon Ki) begitu juga dengan lakonan Kim Go-eun sebagai Hong Sul. Walaupun cerita ini banyak kontroversi semasa proses pembuatannya tetapi tetap dapat tempat dihati peminat di Korea Selatan dan international fans. Tapi ending dia sangat la ai tak puas hati sebab sangat banyak tanda tanya menyebabkan ai membaca manhwa dia tuk dapatkan closure yang lebih menyenangkan hati. Filem Cheese In The Trap sedang dalam proses pembikinan dan harap-harapnya ending lebih memuaskan hati. Hero masih Park Hae-jin (yeay!!!) tetapi heroin dan karakter yang lain sudah bertukar orang. So kita tunggu jer lah yer filem itu keluar.
Nak tengok drama Cheese In The Trap boleh klik sini : Kissasian - Cheese In The Trap
Nak baca manhwa Cheese In The Trap boleh klik sini : Webtoon - Cheese In The Trap
Park Hae-jin sudah masuk pasaran China sejak tahun 2011 dan mendapat sambutan yang mengalakkan, banyak drama yang dia berlakon usaha sama dengan China salah satunya Far Away Love pastu memang award lak tu hebat kan. Belum kira jadi duta sana sini lagi, pergh terbaik. Selepas drama Man To Man akan ada drama baru Four Men dan katanya cerita Four Men ni ada kaitan dengan Man To Man jadi kita tunggu jer la. Kalau hendak cerita pasal mamat cool ni sampai esok pun tak habis so ai end entri ni sampai sini dulu la yer. Ai share beberapa video clips kesukaan ai for you guys.
Watch List Buat Masa Ini :
1. Man To Man
2. Ruler : Master Of The Mask
3. Suspicious Partner
4. Queen For Seven Days
5. Circle : Two Worlds Connected
6. My Sassy Girls
7. Fight For My Way
Ok next time ai buat review drama pulak yer, skang ni lum ada mood nak buat review hehe sibuk tengok drama jer. Bye...