Personaliti Test or Personality Quiz - Cara Untuk Kenal Diri Sendiri?


Before you love somebody, Learn to love yourself first.
Pernah dengar kan, betul ke tidak quote tu?

Tiba-tiba pagi ni teringin hendak buat personaliti test hahaha dah kenapa? Entah tetiba rasa nak buat. Walaupun tidak semua analisis tu sama macam tuan punya badan nya perangai tetapi sedikit sebanyak tu ada yang sama. Salah satu cara mengenal diri sendiri juga ni, bila buat personaliti test ada sikap yang kita tak sedar kita ada selama ni. Bila dapat result test mesti rasa wah sama la ngan aku ada yang tak sama langsung mengarut jer lebih. Lagipun kalau pergi interview sekarang ni pun sudah ada personality quiz sebelum actual interview supaya pihak company boleh tahu dengan siapa mereka bakal bekerja. Nampak kan personaliti test ini membantu didalam banyak cara.

Kita ni kadang kala tak kenal diri kita macam mana, potensi diri sendiri dan limit diri sendiri. Masa-masa macam ni lah personality test membantu ibarat motivasi diri juga. Apabila kita baca kelebihan dan kekurangan personality kita mesti rasa somehow relief. Ada yang rasa diri dia pelik tetapi tidak sebenarnya, ada yang rasa diri dia sangat bagus tetapi tidak juga sebenarnya. Setiap personaliti ada kelebihan dan kekurangan tinggal kita sebagai tuan punya badan hendak gunakan ciri-ciri itu macam mana.

Dengan kenal personaliti kita sendiri dan terima itu adalah kita membolehkan kita berubah menjadi lebih baik. Mana nak dapat personality test ni? Google jer lah berlambak free personality tests. Ada yang ok ada yang mengarut pandai-pandai la pilih. Ada juga personality quiz yang just for fun tapi ada point yang kena jadi macam awal-awal tadilah kena pandai nilai sendiri la keputusan yang test tu produce. Lagi satu cara hendak kenal diri sendiri adalah zodiak. Setiap zodiak ada personaliti masing-masing, bukan ai cakap percaya 100% benda-benda ni tapi sebagai panduan mengenal diri sendiri.
Contohnya Gemini, selalu dikatakan sebagai seorang yang outspoken, seorang yang sukakan cabaran, seorang yang tak takut menyuarakan pendapat sendiri TETAPI tak semua Gemini macam tu, ada jer Gemini yang pemalu, introvert dan pendiam. Namun zodiak personality ini tadi kita tak boleh la nak buang terus dalam tong sampah sebab mesti ada satu dua yang kena dengan kita. Analisis zodiak ini selalunya secara general, perangai yang paling ramai Gemini ada tetapi kalau you are not like that janganlah risau yang awak ni tak normal. Setiap orang tu kan unik dan ada personaliti masing-masing jadi embrace yourself and love yourself.

Nak lagi quote atau pasal Zodiak Personalities leh la visit Instagram Acc yang ada dalam gambar tu ataupun leh search dalam Pinterest atau Google. Serius berlambak.



Buat personality test ni pun salah satu terapi juga (at least for me) sebabnya akan timbul rasa rupanya apa yang aku rasa selama ni bukanlah pelik, rasa macam ada orang faham kita kemudian akan rasa yakin itu akan datang sedikit demi sedikit. Setiap orang ada masa susah senang dorang jadi bila kita tahu kekuatan serta kekurangan kita pasti kita boleh cari jalan untuk atasi masalah tu semua. Dalam banyak results personality test ada jugak satu dua yang buatkan ai rasa wah am i really that great! hahaha. Jadi results yang sangat mengembangkan hati itu akan ai simpan untuk dijadikan penyuntik semangat yang ai boleh jadi hebat macam itu juga.

Salah satu result personality test yang buat just for fun sebab asyik keluar dekat news feed facebook pastu semua orang pakat share results tapi hati rasa berbunga-bunga hahaha

Salah satu personal test yang ai suka dekat link ni : 16 Personalities
https://www.16personalities.com/free-personality-test
Lepas buat test, keputusan akan diberikan tetapi bukan sekadar keputusan tetapi siap dengan analisis kekuatan dan kelemahan macam dalam gambar bawah ni.


Jadi daripada keputusan dan analisa ni kita boleh buat tahu apa yang perlu kita buat namun itu semua bergantung pada diri kita sendiri sama ada mahu percaya tau tidak. Bagi ai tidak menjadi masalah pun kerana siapa yang tidak mahu berjaya, kita baca buku motivasi untuk berubah, kita jumpa pakar psikiatrik juga untuk bantu kita kenal diri sendiri dan berubah. Selagi kita rasa selesa dengan diri sendiri, jangan tipu diri sendiri dan jadi orang lain sebab in the end kita yang rasa tidak selesa dan stress. 

So kenali diri sendiri untuk lebih sayang kan diri sendiri supaya tidak pandang rendah pada diri sendiri. Berapa banyak diri sendiri da...

0 comment... add one now