Jadikan Bersedekah Itu Satu Amalan


Assalamualaikum.Semoga Allah memperluaskan rezeki semua. kisah utk renungan kita bersama. Walaupun banyak cerita-cerita begini kita dapat daripada group Whatsapp ataupun Facebook dan tidak diketahui kebenarannya namun mesejnya hanya satu mengajak kita BERSEDEKAH dan berbaik-baik sesama insan kerana bantu orang yang susah itu adalah amalan yang mulia dan Allah suka hambanya yang berbuat baik.

Beberapa hari lepas adik saya cerita kisah di Bank. Seorang Makcik minta tolong check baki dalam akaun beliau. Bila check ada RM20 baki.

"Makcik dalam akaun ada rm20" kata adik saya.

"Belum masuk lagi ya, takpelah makcik puasa LAGI hari ini". Ambil card terus keluar bank. Orang ramai yang dengar perbualan tersebut panggil makcik nak bantu, tapi dia terus keluar dari bank dengan cepat.

Adik saya meluru ke kereta cerita masalah ini, kami pusing satu pekan tak jumpa .

Sehingga ke hari ini apabila ke bank check duit saya ingat makcik tersebut. Puasa lagi kah dia hari ini. Duit dari siapakah yang dia harapkan itu.

Kisah begini pernah saya jumpa. Sorang pakcik datang ke bank untuk masukkan duit rm100 ke akaun anak beliau. Datang dengan baju seperti dari kebun. Rm100 beberapa kali reject dari mesin sebab keadaan duit tidak bagus.

"Pakcik rm100 ni mesin tak terima, ada duit lain tak?"
"Ini jelah duit pakcik nak. Itu pun pinjam dari tauke. Pakcik ambil upah potong getah. Anak call katanya nak pakai duit"

Sedang kami berbual, datang sorang abang bagi kat pakcik ini rm500 cash. hari ini saya untung meniaga, pakcik amiklah duit ini HADIAH dari saya. Orang dalam bank semua tergamam. Saya lagilah. Terus pakcik menangis dan doa untuk abang tersebut.

Tuan puan kita kadang-kadang rasa susah, rupanya ada lagi insan lagi susah dari kita. 

Banyak nikmat yang Allah berikan, tapi banyak kita lupa. Hebat hidup orang yang suka bersedekah . Penuh keberkatan dan bahagia. 

Saya cemburu dengan abang tersebut sehingga ke hari ini. Rm500 sedekah tanpa soal selidik. Saya nak masukkan rm50 dalam tabung masjid menggigil tangan. Ya Allah lemahnya iman.

Moga kita semua jadi insan hati yang mulia, sayang dan cinta kepada setiap insan. 

Jadikanlah SEDEKAH satu HOBI yang baru untuk kita. Tanamkan rasa penyesalan jika tidak bersedekah. Asbab sedekah moga Allah redha dengan kita 
Insya Allah.

#perbanyakkan sedekah
#JomSedekah
#copypaste

0 comment... add one now