Cara Meningkatkan Sistem Imun Anak Kita


Apa itu sistem imun?
Sistem imun adalah ibarat askar yang menjaga keamanan negara, ia menjaga badan kita daripada serangan penyakit. Antibodi yang kuat dapat membantu kita terhindar daripada penyakit.

Senang hendak faham kan kalau diterangkan macam tu kan? Sistem imun atau antibodi kalau diikutkan merupakan merupakan satu sistem yang agak kompleks kerana ia melibatkan rangkaian tisu, sel dan organ. Apabila ada bendasing (pantogen = bakteria, virus atau apa sahaja micro organisma yang menyebabkan penyakit). Tahu tak yang badan kita ada 3 peringkat pertahanan sistem imun? Hebatkan ciptaan Allah.

Pertahanan Peringkat Pertama : 
kulit, air mata, saliva, mukus, peluh dan juga asid gastrik.

Untuk menghalang,memerangkap dan membunuh pantogen daripada memasuki badan.

Pertahanan Peringkat Kedua : 
Sel darah putih, interferon dan natural killer cells (sorry tak tahu nak translate, kang lari lak maksud)

Jika pantogen terlepas daripada 1st defense, 2nd defense akan ambil alih dengan cara sel imun (sel darah putih, natural killer cells) akan memberikan signal kepada protein bernama INTERFERON supaya menguatkan sistem imun badan untuk melawan penyakit.

Pertahanan Peringkat Ketiga :
Memulih sel yang telah rosak

Pada peringkat ini badan akan bertindak balas secara spesifik pada jenis pantogen dan mengingatinya, oleh itu ia akan dapat bertahan pada masa hadapan jika serangan daripada pantogen yang sama berlaku. Selalunya apabila sistem imun bertindak balas sel kita akan berlaku kerosakkan bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan badan memerlukan resveratrol dan polyphenols. peringkat pertahanan ini. Lagi-lagi zaman sekarang terlalu banyak pencermaran buatkan antibodi badan kita lemah.

Jadi untuk anak-anak kita perlu kuatkan ketiga peringkat antibodi ini. Bagi anak-anak yang picky eater lagi lah susah kerana mereka susah hendak makan tetapi jangan patah semangat bagi ibu-ibu sekalian. Kita cuba sedaya yer sebab anak saya juga picky eater tetapi saya tetap cuba mencari jalan supaya antibodi ataupun sistem imun badan mereka kuat supaya tidak selalu sakit seperti demam ataupun selsema. Sekarang mereka memang konsisten ambil Vitamin  C Chewable Shaklee tetapi disebabkan Vitamin C Chewable tiada stok buat masa sekarang saya beralih pada Omega Guard dan Meal Shake. Meal Shake terutama untuk si kembar kerana mereka susah hendak makan dan memilih makan, manakala yang sulung pula untuk bantu dia disekolah. Meal Shake membekalkan nutrien lengkap untuk seharian dan juga tenaga untuk bantu minda anak-anak kita yang sedang membesar ni.


Menurut Majalah Parent ada 7 cara untuk tingkatkan sistem imun badan anak-anak.

1. Lebihkan sajian buah-buahan dan sayur. Lobak, oren dan strawberry mengandungi phytonutrients yang boleh meningkatkan imun badan iaitu Vitamin C dan carotenids menurut William Sears, M.D., penulis of The Family Nutrition Book (Little Brown, 1999). Jika mereka tidak mahu cuba buat smoothies untuk tarik perhatian mereka.

2. Pastikan anak-anak cukup tidur. Jika ada kajian yang mengatakan orang dewasa yang tidak cukup tidur akan mudah dapat penyakit kerana natural killer cell makin berkurangan begitu juga dengan kanak-kanak mereka memerlukan waktu tidur yang cukup. Jika anak-anak tidak mahu tidur siang. sila pastikan mereka masuk tidur awal.

3. Berikan susu ibu, bagi anak-anak yang masih bayi. Didalam susu ibu mengandungi antibodi yang boleh meningkatkan sistem imun dan sel darah putih anak. Cecair emas yang paling berharga bernama kolostrum mengandungi antibodi yang tidak dapat diciptasemula oleh teknologi manusia. Antibodi yang menjadi pelindungan pertama bayi yang baru lahir. 


4. Bersenam, jadikan bersenam sebagai aktiviti keluarga. Apabila bersenam bersama bukan sahaja ibu bapa dapat menanamkan minat anak untuk bersenam malahan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Menurut Ranjit Chandra, M.D., a pediatric immunologist at the Memorial University of Newfoundland, bersenam dapat meningkatkan natural killer cells bagi orang dewasa dan juga kanak-kanak.

5. Jaga kebersihan iaitu melatih anak-anak kita supaya basuh tangan mengguna sabun setiap kali sebelum makan, selepas bermain di luar, bermain dengan haiwan peliharaan atau apa-apa jenis haiwan, selepas menggunakan tandas untuk mengelakkan jangkitan dan sebaran kuman. Apabila keluar pastikan ada membawa tisu basah ataupun sanitizer untuk mengelakkan sebaran kuman. Menurut Barbara Rich, D.D.S., jurucakap Academy of General Dentistry mengatakan anak-anak kita tidak akan diserang virus flu atau selsema yang sama sebanyak 2 kali tetapi virus tersebut boleh berpindah daripada berus gigi oleh itu beliau cadangkan apabila anak-anak sakit buang dan gantikan berus gigi mereka. Ini untuk melindungi mereka dan ahli keluarga yang lain daripada jangkitan kuman dan virus.

6. Hapuskan 2nd hand smoker, ataupun dengan kata lain jangan ada perokok didalam rumah kerana 2nd hand smoker kesannya lebih teruk daripada perokok itu sendiri. Anak-anak sistem imun mereka masih belum kuat sepenuhnya dan mereka bernafas lebih laju daripada orang dewasa jadi mereka akan menghidu lebih banyak asap rokok. Asap rokok mengandungi bahan kimia yang boleh meningkatkan risik anak kita menghadapi asma, jangkitan telinga, bronchitis, SIDS (Sudden infant death syndrome) dan juga boleh mengangggu kecerdasan dan sistem saraf mereka.

7. Jangan ambil antibiotik sesuka hati, selalunya anak-anak diserang penyakit yang disebabkan oleh virus bukannya bakteria. Antibiotik adalah untuk penyakit yang disebabkan bakteria oleh sebab itu janganlah paksa atau bising-bising dengan doktor pead jika dia tidak berikan antibiotik. Jika selalu sangat ambil antibiotik akan menyebabkan penyakit susah hendak sembuh dan juga menyebabkan bakteria yang kebal dengan antibiotik. Sekarang ni banyak bakteria yang sudah kebal dengan antibiotik, doktor pun sudah naik risau sebabnya penyakit makin bijak. Jadi jangan sewenangnya berikan antibiotik pada anak-anak kita yer.


Satu lagi cara untuk meningkatkan sistem imun anak kita dengan mudah adalah berikan supplemen. Cari supplemen yang boleh dipercayai, berkesan dan selamat seperti Shaklee. Shaklee ada beberapa produk yang membantu meningkatkan sistem imun anak kita iaitu Meal Shake, Vita Lea For Children, Omega Guard dan Vitamin C Chewable. 

Berminat Untuk Beli KLIK SINI : SET KANAK KANAK

Meal Shakes 
Mengandungi vitamin perlu yang badan perlukan seharian dan didalam bentuk serbuk, jadi mudah untuk anak-anak ambil. Rasa vanilla dan creamy yang anak-anak suka memudahkan lagi mereka untuk minum ini dan boleh dijadikan sebagai sarapan yang menyihatkan. Untuk anak-anak yang sudah bersekolah bersarapan dengan Meal Shakes dapat membantu mereka lebih bertenaga dan cerdas semasa disekolah. Meal Shakes mengandungi vitamin ACE (antioksida) yang meningkatkan sistem imun mereka. 

Vitamin C Chewable
Macam yang kita tahu Vitamin C bagus untuk sistem imun kita, vitamin C chewable ini dalam bentuk yang boleh dihisap bagi memudahkan anak-anak yang sudah hendak menelan ubat. Mereka boleh hisap atau kunyah-kunyah sebelum telan. 

Vita-Lea For Children
Multivitamin untuk kanak-kanak yang diformulakan supaya anak-anak boleh hisap atau kemam bagi yang susah untuk menelan. Formulanya tidak merosakkan gigi walaupun ada rasa manis kerana menggunakan pemanis semulajadi. Vitamin perlu yang ada didalam Vita-Lea For Children membekalkan nutrisi yang anak-anak perlukan untuk sehari kerana tidak semua anak-anak suka makan sayur ataupun buah-buahan. Jadi untuk memastikan mereka cukup nutrisi kita terpaksa bertindak bijak.

Omega Guard
Kita tahu yang minyak ikan bagus untuk minda kerana ada omega-3 yang mengandungi DHA dan ARA kan, Omega Guard merupakan sumber yang terbaik. Diperbuat daripada ikan laut dalam yang terpilih dan melalui proses penyaringan yang ketat untuk pastikan kualiti terpelihara dan selamat daripada logam berat. Lagipun omega-3 bukan sahaja bagus untuk minda tetapi menguatkan sistem imun dan juga sistem penafasan anak kita.


Dunia kita sekarang tidak macam dahulu yang kurang pencermaran, makanan pun penuh dengan khasiat tanpa bahan pengawet, racun serangga dan macam-macam lagi belum kira lagi fast food dan junk food. Supplemen sudah menjadi keperluan untuk kita cukupkan nutrisi yang badan kita perlukan kerana gaya hidup kita juga makin sibuk dan semuanya perlu pantas dan cepat. Demi untuk kesihatan anak-anak perlukan pengorbanan sedikit supaya masa depan anak-anak kita cerah dan sihat. Penyakit kronik sekarang ni pun anak-anak kecil sudah mula dapat jadi extra care dan extra alert untuk ibu bapa.

Saya juga ibu jadi kerisauan tentang kesihatan dan well being anak-anak saya faham. Siapa mahu anak selalu sakit kan? jadi ibu bapa sila fikirkan....























1 comment... add one now

atiehilmi.com atiehilmi.com 02 Jun, 2017
wah !! best ni.. sekarang ni cuaca tak menentu.. memang anak2 mudah tak sihat..