Sembelit Selepas Bersalin

sembelit selepas bersalin



Adalah normal jika ibu-ibu selepas bersalin tidak ke tandas pada 2 hari pertama,lagi-lagi jika ada jahitan atau lebam mesti rasa was-was hendak ke toilet. Saya tidak mempunyai peluang merasai melahirkan anak secara normal tetapi saya dapat merasakan kerisauan ibu-ibu yang melahirkan anak secara anak normal bila ingin ke tandas. Memang ada ibu-ibu yang tidak merasa ingin ke tandas selepas melahirkan ini kerana beberapa faktor yang menyebabkan usus kita tidak bergerak normal.

Sumber :

Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:
  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.
Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:

  • anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
  • anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
  • anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
  • anda mendapat jahitan.
Bagi meresakan masalah sembelit semasa pantang, ibu-ibu boleh cuba :
1. Minum lebih air, kerana cecair boleh melembutkan najis dan memudahkan semasa proses pembuangan. Semasa dihospital persekitaran selalunya kering jadi ibu kena rajin minum air bukan sahaja untuk memudahkan ke tandas tetapi untuk tujuan penyusuan juga.Minum air yang banyak dapat membantu masalah sembelit selepas bersalin.
2. Rajin bergerak bagi merangsang usus untuk bergerak, banyak berbaring dan duduk akan menyebabkan masalah sembelit bertambah teruk.
3. Makan makanan yang berfiber tinggi (sayur-sayuran dan buah-buahan). Saya tahu semasa berpantang banyak sayuran dan buah yang tidak boleh makan kerana sejuk jadi pilih lah dengan bijak.
4. Apabila terasa ingin ke tandas sila bersegera jangan ditahan-tahan. Semasa ditandas cuba lakukan ini untuk memudahkan urusan ibu-ibu. Luruskan belakang anda dan angkat lutut anda supaya lebih tinggi dari punggung. Jika boleh, letakkan kaki anda atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki kaki. Letakkan siku anda atas lutut. Tujuannya ialah supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung sebab ini cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. Sekarang, rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.

5. Jika teknik diatas tidak membantu boleh cuba teknik ini pula, 
Menolak dan meneran tidak akan membantu sembelit dan mungkin menyebabkan kesakitan. Tapi ia tidak akan mengoyakkan jahitan anda. Cubalah teknik berikut (bergelar "menyangga dan membonjol"!) untuk membantu anda menggerakkan usus tanpa meneran.
  • Letakkan tangan atas perut.
  • Tarik otot perut anda ke dalam supaya perut mengempis dan pinggang melebar. Ini diberi nama "menyangga".
  • Sekarang buat yang sebaliknya - tolak otot perut anda keluar ke dalam tangan anda - anda akan terasa hendak menyebut "uggghh" apabila melakukan ini (buatlah secara perlahan jika anda khuatir ada orang yang mendengar!). Ini diberi nama "membonjol".
  • Buatlah lebih kurang 10 sangga dan bonjol, kemudian akhirinya dengan satu bonjol yang panjang (lebih kurang tiga hingga lima saat). Relakskan lantai pelvis anda semasa melakukan ini. Pergerakan usus akan berlaku ketika anda membonjol.
  • Jika ini tidak berlaku, jangan pula meneran. Buat beberapa sangga dan bonjol lagi, kemudian cuba lagi.
  • Jika tiada apa yang berlaku, buatlah beberapa senaman lantai pelvis, tinggalkan tandas dan cuba lagi kemudian.
6. Pengambilan Ostematrix Shaklee membantu ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit semasa berpantang. Kalsium membantu pergerakan otot-otot badan bergerak secara lancar dan magnesium pula bersifat laktasif,ia melembutkan najis dan secara tidak langsung memudahkan proses pembuangan. Jika diambil dengan set berpantang Shaklee Insya Allah ibu akan merasa lebih bertenaga dan luka cepat sembuh.
sembelit selepas bersalin
Ramai yang sudah tidak amalkan berpantang dah moden katanya. Moden, moden juga tetapi badan nak pakai lama. Saya pun tidak makan jamu tetapi amalan berpantang yang lain tidak saya tinggalkan.

Bacaan lanjut : Berpantang Selepas Bersalin Perlu Ker?


Jika Berminat Untuk Membeli Boleh Klik Pada Link Dibawah :




Atau


0 comment... add one now