Kita selalu dengar mengenai kebaikan Vitamin E tetapi pernah dengar tak pasal kekurangan vitamin E? Jarang dengar kan, jadi sekarang saya nak beritahu sikit pasal kekurangan vitamin E. Banyak rupanya kesan daripada kekurangan Vitamin E ini, ada diantaranya lebih kurang sama kesan seperti kekurangan vitamin lain. Ini menunjukkan walau macam mana pun kita perlu makanan seimbang. Sebagai contoh, kurangnya Vitamin E juga boleh menjadi punca kepada anemia dan seperti yang kita tahu anemia juga boleh berpunca daripada kurangnya zat besi. Ok jelas tak apa yang saya cuba sampaikan. Kesan-kesan kekurangan vitamin ini ada yang specifik dan ada yang umum oleh itu pemakanan seimbang adalah penting.
Ok berbalik kepada kesan-kesan kekurangan Vitamin E, agak banyak juga sebenarnya. Ini adalah diantara yang saya jumpa :
•Anemia (kurang bilangan sel darah merah atau haemoglobin)
•Masalah berkaitan system pembiakan
•Susah mengandung
•Senang keguguran
•Tanda penuaan pada kulit (age spots)
•Katarak
•Hilang nafsu seksual
•Rambut kering & gugur
•Kelemahan otot (myopathy)
•Luka lambat sembuh
•Kebas kaki (cramps)
•Penyakit berkaitan usus
•Mati pucuk
•Prostat membesar.
credit
Banyak juga kan, masih ada lagi kesan kurang Vitamin E:
- Kuku patah
- Mata terasa kering
- Pecah-pecah hujung mulut
- Bibir pecah-pecah
- Kulit merah dan berminyak
- Jerawat
- Kelemumur
- Mata merah
Wah banyaknya, jadi janganlah ambil ringan pemakanan harian kita. Malaysia memang kaya dengan makanan tetapi kita makhluk Allah yang dikurniakan akal haruslah bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Jangan la hentam keromo makan semua. Berpada-padalah. Semua benda yang kita hendak buat kena berpada-pada. Kalau boleh cuba ikut saranan piramid makanan.
Makanan yang kaya dengan Vitamin E juga banyak. Tahukan Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang membantu badan kita mengawal radikal bebas daripada berleluasa. Apa itu radikal bebas? Penjelasan yang paling mudah radikal bebas adalah sel yang jahat ataupun rosak yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Radikal bebas juga boleh menjadi sel kanser. Jadi pengambilan antioksidan adalah langkah pencegahan daripada kanser. Ada kajian menyatakan pengambilan Vitamin E secara konsisten mampu mencegah Alzheimer, menarikkan!
Bacaan lanjut mengenai Antioksidan klik sini
Namun, macam yang saya beritahu tadi segala benda perlu berpada-pada, janganlah kerana sudah tahu yang Vitamin E ini bagus dalam segala segi pergi makan ikut suka jer. Ikut dose yang disarankan kerana terlebih Vitamin E juga membawa masalah.
Jika Terlebih Vitamin E :
Vitamin E bertindak sebagai antokoagulan (anticoagulant) yang mengurangkan risiko pembekuan darah dan berfungsi mencairkan darah supaya peredaran dalam badan adalah lancar. Terlebih dos Vitamin E mungkin menyebabkan dan mudah berlaku pendarahan seperti hidung berdarah.
Saya harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi ilmu kepada semua. Until next time. Kalau berminat jangan lupa hubungi saya, konsultation terbaik dan berpanjangan itu janji saya.