La tahzan

image
Apabila rasa sedih nak jer update facebook or twitter or instagram dengan status yang meroyan supaya rasa lega dihati kononnya. Tetapi kata mentorku kenapa nak sebarkan aura negative kemudian orang komen tambah asam garam bertambah tersebar luas aura negative tu, kan lebih baik sebarkan aura positive. Kata-kata ini yang menyelamatkan timeline facebook ku malam tadi daripada aura negative.
Hati yang sedang sakit, terluka, terasa memang mudah dihasut syaitan. Macam-macam jarum halus dicucuknya. Haih tabahlah wahai hati. Beristigfar lah wahai jiwa berzikirlah wahai lidah supaya dapat melawan hasutan itu.
Marilah kita memaafkan semua orang yang membuatkan kita terasa hati, marah, geram dan yang sewakti dengannya sebelum kita tidur. Bacalah al-fatihah, ayat kursi, 3 Qul dan doa tidur supaya dilindungi semasa tidur, pasang niat untuk bangun sebelum subuh dan jangan lupa mengucap dua kalimah syahadah sekiranya roh kita tidak lagi dikembalikan pada esok hari.
Selamat malam
Assalamualaikum
image

0 comment... add one now