Sakit Itu Nikmat


image

Sakit itu nikmat Allah yang tidak terperi. Kenapa? Kerana sakit itu boleh mengugurkan dosa-dosa kita. Didalam Allah memberikan kita sakit Allah juga memberikan kita nikmat. Betapa sayangnya Allah pada kita.

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.
Namun jangan kerana Allah memberi nikmat ketika sakit menyebabkan kita tidak perlu menjaga kesihatan. Kesihatan kurniaan Allah perlu dijaga jangan sesekali diabaikan. Jaga pemakanan, bersenam dan minum air secukupnya. Lagi-lagi sekarang El-Nino sudah mula menganas mudah sangat untuk demam, sakit kepala dan yang paling merisaukan heat strok.

Pastikan kita mengambil pemakanan yang boleh meningkatkan imun badan. Makan lebih sayuran hijau, mana yang ambil supplemen silakan, sesiapa yang tidak percaya supplemen mahu ambil makanan sunnah silakan tiada siapa melarang asalkan kesihatan dijaga rapi. 

Makanan sunnah contohnya habbatusauda, madu dan zafran bagua untuk badan. Supplemen Nutriferon Shaklee, Vitamin C Sustained Release Shaklee, Zinc Complex Shaklee dan Garlic Complex Shaklee adalah antara yang boleh meningkatkan imunisasi badan. 

Ingat sakit itu ada hikmahnya tetapi kita janganlah pula mencari penyakit itu mencari padah namanya. Bagi yang jarang sakit pastikan sentiasa bersyukur jangan sampai riak kerana tidak sakit. Firaun mensyirikkan Allah dan mengaku dirinya tuhan kerana dia tidak pernah sakit. Ingat sakit, sihat, miskin dan kaya itu semua dugaan dari Allah.


image

0 comment... add one now