Hamil...Mengandung...Memang sangat mengujakan tetapi mengandung semasa usia mencecah 35 tahun dan keatas...Kerisauan mula mengetuk pintu hati
Memang waktu ideal bagi seorang wanita untuk hamil adalah semasa usianya 20 an sehingga 30an, apabila mencecah 35 tahun keatas kehamilannya mempunyai risiko. Tetapi jangan cepat melatah, Allah itu Maha Adil dan Bijaksana sekiranya Dia mengurniakan anda anak ketika usia melebihi 35 tahun pasti ada hikmahnya. Tidak semua kehamilan ketika berusia akan mengalami kompilasi malahan ada sahaja yang melahirkan anak yang sihat walafiat cuma semasa usia ini kehamilan lebih berisiko dan ibu perlu lebih berhati-hati.
Melahirkan anak cacat semasa hamil ketika umur semakin tua adalah tinggi, jika risiko melahirkan anak sindrom down bagi ibu berusia 20an adalah 1 dalam 1400 bagi ibu yang berusia lebih 35 tahun ia menjadi 1 dalam 100. Risiko keguguran juga meningkat kepada 25% berbanding 12% - 15% bagi ibu berusia 20an. Hal ini kerana semakin usia meningkat ovum yang dihasilkan kurang berkualiti dan kromoson menjadi tidak normal. Antara risiko lain adalah diabetes gestasional, preklamsia, tekanan darah tinggi dan plasenta previa (uri dibawah).
Walau apapun risiko yang ada jangan patah semangat dan sentiasa berfikiran positif kerana setiap masalah ada penyelesaian, setiap kehamilan ada risikonya tidak kira berapa pun usia wanita tersebut. Perkara yang penting dilakukan oleh ibu tersebut adalah jaga kesihatan dengan baik, makan makan berkhasiat, lakukan lawatan antenatal secara berkala, dapatkan nasihat doktor dan sentiasa berfikiran positif. Ramai yang hamil semasa berusia lebih daripada 35 tahun dan selamat melahirkan anak yang comel serta sihat. Contoh paling terdekat Ummi saya sendiri melahirkan adik saya semasa berusia hampir 40 tahun, adik saya selamat dilahirkan tanpa cacat cela.
Jadi bagi mereka yang masih mencuba untuk mendapatkan zuriat walaupun usia sudah makin meningkat jangan berputus asa dan harapan. Berusaha selagi kita mampu, walaupun berisiko tetapi itu semua kuasa Yang Maha Esa.
Jaga pemakanan, jaga berat badan, jaga tingkah laku dan jaga hubungan kita dengan Pencipta insya Allah semuanya akan berjalan lancar. Sedikit tips daripada Dr,Zubaidi bagi kekal subur walaupun usia meningkat .
Panduan Kekal Subur:
1. Dapatkan berat ideal dengan diet seimbang dan senaman
2. Urus tahap stress dengan bijak - bercuti atau melakukan aktiviti yang mengembirakan
3. Amalkan seks selamat
4. Hindarkan merokok - kuat merokok mengurangkan kualiti sperma
5. Elakkan pengambilan alkohol
6. Amalkan diet sihat - diet seimbanh, makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan pengambilan daging ayam dan ternakan yang disuntik, cuba beralih ke ayam organik
7. Amalkan pengambilan makanan yang mempunyai pelbagai vitamin.
sumber
Bagi ibu mengandung, shaklee ada menyediakan set bagi ibu hamil.Ramai yang sudah menggunakannya termasuk saya sendiri dan ia banyak membantu semasa proses kehamilan saya.
Bacaan lanjut : Saranan Vitamin Untuk Ibu Mengandung