Paneh lak ai skang nie...bopoluh den dibuek ei
Setiap kali nak masuk bulan Ramadhan cuaca Malaysia mesti panas kan. Tetapi itu bukan penghalang untuk kita tak berpuasa. Puasa iti kan WAJIB jadi kita kenalah sabar dan redha semasa melakukannya kerana itu suruhan Allah. Jadi dari sekarang kenalah berlatih puasa, buatla puasa sunat banyak-banyak lagipun bulan Syaaban kan banyak pahalanya jika berpuasa. Tengok Allah sayang kita, Dia jadikan bulan Rejab dan Syaaban bulan yang banyak pahala jika berpuasa secara tidak langsung kita dapat menyediakan diri untuk menghadapi Ramadhan.
Cuaca panas sekarang ini sedikit mengganggu kesihatan jadi sila pastikan minum air putih minimum 8 gelas sehari. Cuaca panas menyebabkan kita mudah kehilangan air dalam badan. Rajin-rajinlah minum air putih bagi memastikan badan sentiasa terhidrasi. Kalau air didalam badan tidak cukup nanti mulalah bibir kering, ulser dalam mulut, demam, sakit kepala, badan lesu dan macam-macam lagi lah. Jadi sila pastikan minum air secukupnya.
Lihat betapa pentingnya air jadi jangan ambil mudah yer. Jaga diri baik-baik.