Stress Nya!!!!



"Ya Allah Stressnya!!!" 
"Terasa semaknya kepala macam nak pecah pun ada."
"Ada yang nak kena makan pelempang ni kang, time aku stress la korang macam-macam"


Biasa tak dengar atau alami keadaan diatas. Normal la bagi manusia rasa stress dan tertekan, memang tak kan lari itu lumrahnya. Tinggal lagi cara kita hadapinya dan menanganinya. Antara tips anti stress yang boleh saya berikan untuk menangani stress adalah :

1. Bagi Muslim silalah beristigfar banyak-banyak. 
2. Terima yang kita tidak boleh ubah semua perkara dan belajar menerima kenyataan tersebut.
3. Kenali had diri anda dan jangan push your self over the limit. Kalau nak jugak sila jangan stress sila bertenang.
4. Kenal pasti punca stress dan tanganinya dengan bijak.
5. Jumpa kawan-kawan, cerita ceriti ceritu sekejab bagi hilang stress.
6. Cuba elakkan konflik yang tidak perlu. Buat apa nak marah-marah untuk benda yang tidak penting, lupakannya.
7. Ambil masa untuk rilek dan recharge yourself.
8. Cuba pandang sesuatu perkara dengan pandangan yang berbeza, be positive.
9. Elakkan ambil alkohol, nikotin dan kafein sebagai agen penenang anda ketika stress.
10. Amalkan cara hidup yang sihat. Makanan yang berkhasiat akan membekalkan vitamin-vitamin yang dikenali sebagai anti stress kedalam sistem badan kita dan bersenam juga dapat membantu mengurangkan stress.

Ada diantara tips diatas adalah untuk kesan jangka masa panjang dan ada yang untuk jangka masa pendek.  Cubalah mana-mana langkah yang rasa sesuai dengan korang.

Seperti saya, anti-stress vitamins saya adalah B Complex Shaklee dan Ostematrix Shaklee. Lagipun kedua-dua vitamin ini memang saya ambil daily cuma bila stress waktu makannya saya ubah sedikit. Kalau hari tu saya rasa letih, badan sakit-sakit dan mahukan tidur yang tenang saya akan ambil B Complex dan Ostematrix sebelum tidur. Confirm saya akan tidur lena,sleep like a baby dan apabila bangun tak der rasa grogy, rasa tak puas tidur tetapi bangun dengan rasa segar dan ceria.

Jikalau saya rasa sakit kepala even period pain saya akan ambil B Complex dan Ostematrix, alhamdulillah sepanjang hari masalah-masalah tersebut akan hilang. Kedua vitamin ini bertindak sebagai natural pain killer so tak perlulah ambil panadol atau ponstan.

Kenapa dua vitamin ini boleh bertindak sebagai anti stress vitamin dan natural pain killer?



Didalam B Complex Shaklee terdapat B5 (pantothenic acid), salah satu fungsi B5 adalah bertindak sebagai anti stress. Walaupun masih belum ada bukti jelas yang B5 membantu didalam menangani stres namun ia tetap dikenali sebagai vitamin anti stress. Bacaan lanjut mengenai B Complex Shaklee Klik Sini




Manakala Ostematrix Shaklee pula terdiri daripada kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium dapat meringankan stress, memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala. Magnesium dapat membantu sistem saraf, pengecutan otot dan saraf, menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering dihadapi oleh penghidap migraine. Bacaan lanjut mengenai Ostematrix Shaklee Klik Sini.





Seperti mana saya beritahu tadi jika dua vitamin ini amat membantu ketika saya sedang stress, badan letih dan period pain. Bukan saya nak suruh korang bergantung pada 2 vitamin ni untuk anti stress tetapi berkongsi pengalaman saya mengenai kebaikkan 2 vitamin ini yang jarang-jarang orang tahu. 

Ok la jika berminat boleh hubungi saya seperti dibawah, ada bermacam-macam set-set shaklee lain yang menarik dan pelbagai lagi kelebihan extra yang korang akan dapat apabila mengambil supplemen Shaklee.




0 comment... add one now