Sekarang sudah bulan Jamadilakhir tidak lama lagi 2 bulan (Rejab dan Syaaban) datang la Ramadhan. Sekarang ni sudah ramai la kaum wanita yang mula menganti puasa biasalah kaum wanita ni kan istimewa. Sekarang ni pun sudah ramai la yang menempah baju raya, kalau lambat nanti takder tailor yang mahu ambil tempahan lagi. Masing-masing dah mula berangan nak pakai baju raya yang macam mana, tudung yang macam mana,gaya rambut yang macam mana kan kan kan. Biasalah orang perempuan memang macam tu, lagi-lagi masa raya nanti nak jumpa ramai orang mestilah nak nampak the best. Mereka yang nak nampak langsing dan cantik semasa hari raya pun tidak kurang ramainya. Tetapi niat yang satu ni kena mula dari sekarang kalau mula lambat takut semasa menjelang Syawal tidak dapat keputusan yang diingini.
Kalau nak kurus langsing kena mula diet dari sekarang, tak nak diet secara ekstrem nanti naik badan pun ekstrem juga. Diet secara sihat dengan cara jaga pemakanan, bersenam dan jika mahu ambil supplemen untuk mempercepatkan kesannya. Bagi yang mahukan kulit cantik semasa Syawal juga kena mula dari sekarang supaya kulit nampak gebu dan menarik. Cara yang sama juga seperti diet iaitu jaga pemakanan, bersenam dan ambil supplemen. Aik apa kena mengena bersenam dengan kulit cantik? Ha itulah, bila bersenam kita mengalakkan badan kita berpeluh dan menjadikan kulit kita lebih sihat kerana aliran darah bertambah baik.
Ada 3 bulan lagi (Rejab,Syaaban dan Ramadhan) untuk capai target anda. Berusaha lah!
Bagi yang ingin mengambil produk Shaklee dalam usaha ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan kulit yang sihat, saya ada beberapa saranan set dan produk.
Set Shaklee bagi mengurangkan berat badan:
1. Shape-Up Plan Set
Cinch Shake, Cinch Tea Mix, Lecithin dan Herb Lax
2. Set Kurus
Lecithin, Herb Lax dan Alfalfa
3. Set Kurus Mampu Milik
Lecithin dan Alfalfa atau Herb Lax dan Lecithin
Set-set ini bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan secara sihat dan semulajadi. Saya memang tidak akan menjamin seperti produk-produk pelansingan badan yang lain seperti "akan kurus masa 7 hari atau dalam masa sebulan" kerana kesannya bergantung pada badan individu. Ada yang dapat kesannya cepat dan yang dapat kesannya lambat. Bacaan lanjut mengenai set-set ini boleh klik sini
Shaklee ada menyedia beberapa set untuk kecantikkan kulit.
1. Set Jerawat
ESP & Vitamin E
2. Set Kecantikan Kulit Mampu Milik
Vitamin C SR & Vitamin E
3. Set Kecantikan Kulit
ESP, B Complex. Vitamin C SR & Vitamin E
4. Set Pengantin Baru
Vitamin C SR, Collagen Powder, GLA Complex & Vitamin E
5. Set Kulit Cerah Mampu Milik
ESP & GLA Complex
Set-set bagi kecantikan kulit juga banyak dan boleh dipilih mengikut keperluan kulit anda. Ramai yang sudah merasai kesannya dan masa yang mereka ambil sebelum mendapat kulit idaman mereka juga bergantung pada individu. Biar lambat asal selamat lagipun vitamin-vitamin yang terdapat didalam set-set ini bukannya single purpose sahaja tetapi multiple purposes. Ambil set kecantikkan kulit tetapi bonus lain yang dapat seperti kesihatan semakin bertambah sihat. Bacaan lanjut boleh klik sini.
Untuk bacaan lanjut mengenai entri-entri mengenai set-set hebat ini boleh search atau memilih label yang ada disebelah kanan blog ini.
Beberapa testimoni untuk bacaan anda semua ;
Nasihat saya, jika mahu dapatkan badan yang menarik dan kulit dan cantik perlu mula dari sekarang kerana kesannya bulan boleh dilihat dalam masa seminggu dua. Selepas mendapatkan kesan yang diingini kalian perlu maintain percapaian tersebut. Memang banyak produk yang menjanjikan kesan yang cepat tetapi selamat ker? Takder kesan sampingan ker?Kalian semua pengguna bijak jadi fikir dahulu semasak-masaknya sebelum membeli sebarangan produk.
Ingat Berfikir Sebelum Kena, nanti dah kena puas pulak nak cari ubat bagi elok.