Saya bukan ahli agama dan saya bukan seorang yang warak tetapi saya cuba menyampaikan ilmu yang ada supaya orang lain juga mendapatkan manfaat daripadanya, sesungguhnya saya juga masih belajar dan terus belajar kerana ilmu itu tidak akan habis dan demi mendapatkan keredhaan Allah.
Saya dahulu sangat susah untuk solat tahajud kerana sangat susah untuk bangun malam sedangkan saya tahu solat tahajud itu banyak hikmahnya dan Rasulullah sangat menyarankan kita melalukan solat tahajud.
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
Allah juga ada menyembut didalam Al-Quran
Firman Allah SWT.:
“Dan
pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu
ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat
yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)
KELEBIHAN DAN NIKMAT YANG DIJANJIKAN ALLAH UNTUK SESIAPA YANG SELALU MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Orang
yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan. 5
daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di
akhirat.
5 kelebihan yang diperoleh di dunia:
- Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
- Tanda berkat pada wajahnya
- Disukai oleh ramai manusia
- Allah jadikannya seorang yang bijaksana
- Bila bercakap penuh hikmah
4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:
- Wajahnya bercahaya
- Diringankan hisab
- Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
- Dapat buku amalan dengan tangan kanan
Allah sangat menyayangi kita, pelbagai amalan sunat tersedia untuk kita lakukan bagi mendapatkan pahala dan keredhaan Allah. Amalan wajib sudah cukup mempunyai pelbagai hikmah ditambah amalan sunat, insya allah kaya raya dan hidup senang lenang kita di akhirat nanti dengan pahala. Jangan lepas kan peluang ini.
Ini juga sebagai peringatan kepada saya, jika dulu sangat payah untuk bangun malam sekarang saya cuba jadikan ia amalan harian. Terima kasih juga kepada group bisnes Shaklee saya dibawah upline tersayang yang banyak menekan amalan rohani bukan semata-mata berbisnes dan sales sahaja.
Jika ada salah infomasi maafkan kekhilafan saya, sesungguhnya saya masih belajar.
sumber :