Sesi Ganti Puasa Sudah Bermula



Ramadan Mubarak bakal tiba tidak lama lagi jadi mesti ramai baru nak ganti puasa kan (termasuk la saya huhuhu). Padan muka sendiri sebab mula ganti lambat. Apa yang merisaukan saya apabila berpuasa adalah susu akan merundum, itu yang tak sanggup tu. Tetapi kita kena yakin dengan kekuasaan Allah, Dia tak kan suruh kita buat ibadat tanpa ganjaran. 

Dahulu kalau nak ganti puasa, saya cukup liat dan bangun sahur tetapi sekarang kalau tidak bersahur mula la rasa macam nak pengsan sementara menunggu waktu berbuka. Faktor umur mungkin. Jadi untuk mengelakkan badan lembik sepanjang hari saya akan pastikan saya bersahur. Favourite saya bila bersahur adalah ESP dan Performance Drink. Tetapi sekarang ni stok Performance Drink tak der la pulak so berpuas hati la dengan ESP sahaja.

Itu pun dah cukup memuaskan perut saya. Ambil 2 sudu ESP pastu makan la sahur macam biasa. Alhamdulillah boleh la bertahan sehingga berbuka. Lepas makan rehat sekejab dalam 10 ker 15 minit saya ambil B Complex, Alfalfa, Vitamin C dan Lecithin. Kasi top up skit kuasa cergas semasa berpuasa.

Insya allah untuk bulan Ramadan nanti saya nak pastikan Set 3 Gem ada dirumah dan diambil semasa sahur. Set 3 Gem ada ESP, Performance dan Mealshake, insya allah boleh membantu saya dan keluarga cergas sepanjang berpuasa.




ESP : Membekalkan tenaga kerana ia merupakan minuman berasaskan protein.
Performance Drink : Minuman isotonik yang mengekalkan kandungan air didalam badan dan juga membekalkan tenaga.
Meal Shake : Mengandungi 19 nutrisi yang terdiri daripada vitamin dan zat mineral. 

Jadi bagi mereka yang sedang ganti puasa selamat berpuasa dan sila kuatkan semangat. Chaiyok chaiyok!



0 comment... add one now