13 Tips Elak Mual Atau Loya Ketika Hamil Supaya Ibu Lebih Gembira Sepanjang Hari



Awal kehamilan memang ramai yang menghadapi masalah loya dan muntah-muntah, tidak lalu makan, penat dan lesu. Ini kerana badan sedang mengalami perubahan drastik dengan hormon tinggi dan fizikal mula berubah. Tidak semua menghadapi masalah mual ini atau lebih dikenali dengan morning sickness tetapi bagi yang hadapinya hanya Tuhan yang tahu betapa seksa dan penatnya badan mengalaminya.



Saya kongsikan tips bagi mengelakkan rasa mual, semoga dapat membantu:


1. Ketika bangun dari tidur, bangun secara perlahan-lahan jangan gopoh turun dari katil kerana ia boleh menyebabkan mual dan pening.

2. Sediakan biskut lemak (cream cracker) disebelah katil anda dan ambil sekeping apabila bangun dari tidur.

3. Elakkan makan asam atau jeruk ketika hamil kerana asid dari asam dan jeruk tidak baik untuk bayi dan ibu hamil.

4. Makan secara kerap dalam kuantiti yang sedikit bagi mengelakkan perut kosong dan mual.

5. Makan buah epal atau minum jus epal.

6. 
Makan makanan/gula-gula yang berperisa pudina.

*saya memang suka makanan or gula-gula pudina semasa mengandung, ia menolong saya dari rasa mual.

7. Sentiasa sediakan gula-gula atau cream craker didalam hang bag anda supaya apabila rasa mual boleh terus makan.

8. Legakan perut dengan memakan makanan berhalia.

9. Makan makanan yang berkarbohidrat dan berprotein elakkan makanan yang berlemak dan berminyak.

10. Rileks dan jangan stress kerana ia boleh mendatangkan rasa loya bila anda penat.

11. Pakai pakaian yang selesa supaya anda lebih selesa.

12. Minum air kosong atau jus buah-buahan agar badan tidak hidrasi kerana muntah,elakkan minuman berkafein.

13. Gelang penahan muntah, saya ada terbaca mengenai gelang ini tetapi tidak pasti keberkesanannya. Boleh cuba cari di farmasi yang berdekatan.

Ataupun anda boleh ambil Peppermint-Ginger Plus Shaklee untuk mengatasi rasa mual tersebut kerana Peppermint-Ginger Plus Shaklee mengandungi pudina,halia,adas dan cekur manis bahan-bahan tradisional yang dipercayai mampu mengatasi masalah mual dan angin.Bacaan lanjut mengenai Peppermint-Ginger Plus Shaklee sila KLIK SINI


Cuba juga ambil B6 untuk mengelakkan mual atau loya, ada kajian menyatakan mengambil B6 setiap hari mampu mengatasi masalah mabuk hamil ini. B Complex Shaklee mempunyai 8 komponen vitamin B yang diperlukan oleh badan iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik dan Biotin. Bacaan lanjut untuk B Complex Shaklee sila KLIK SINI

 

Berminat Dengan Produk Shaklee, Boleh Hubungi Saya Di:



0 comment... add one now