Vitamin nie macam penting ala yang ini pun macam penting gak arghhh!!!
Untuk tahu lebih lanjut boleh baca disini : Cerita Bilik Tidur (Untuk Yang Halal Sahaja)
Okay berbalik pada Set Shaklee For Him and For Her, Shaklee sudah buat set siap-siap supaya senang kita pilih tak perlu hendak pening kepala hendak pilih kalau rasa perlu yang lain tambah jer. Vitamin yang menjadi asas adalah ESP, B Complex, Omega Guard, Sustained Released Vitamin C dan Vita-Lea. 5 ini adalah asas dan oleh kerana itu setiap pakej set shaklee dimulakan dengan 5 vitamin asas ini.
ESP.
ESP adalah protein dan kenapa protein penting dalam nutrien harian kita? Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
Lebih Lanjut Baca Sini : ESP Bukan Soya Biasa
B Complex.
B Complex Shaklee cukup semua spektrum vitamin B dan ia membantu didalam mengawal stress dan metabolisma kita kerana ia menukarkan makanan kepada tenaga. B Complex juga penting kerana ia menjaga sel darah merah kita supaya sentiasa dalam keadaan yang baik dan juga membantu mencegah anemia. Untuk kesihatan saraf b complex juga memainkan peranan besar selain daripada untuk kesihatan kuku, kulit dan rambut. Nampak remeh tapi B Complex penting didalam nutrien harian dan ia mudah terhapus oleh haba semasa memasak.
Lebih Lanjut Baca Sini : Penting Vitamin B Complex Didalam Diet Harian Kita
Omega Guard.
Omega Guard Shaklee adalah yang terbaik didunia, ini bukan claim kosong yer. Shaklee diiktiraf oleh Friend of Sea untuk menangkap ikan di laut dalam. Pemilihan ikan untuk pembuatan Omega Guard juga sangat ketat supaya tidak ada isu tentang logam berat dan sebagainya. Omega Guard kaya dengan DHA dan ARA yang bagus untuk minda, malahan Omega Guard membantu meningkatkan imunisasi badan dan kesihatan paru-paru oleh kerana itu penghidap asma amat bagus mengambil Omega Guard untuk membantu masalah asma mereka.
Lebih Lanjut Baca Sini : Shaklee Omega Guard : Koleksi Testimonial
Sustained Released Vitamin C.
Keistimewaan Vitamin C Shaklee adalah Sustained Released kerana vitamin C dilepaskan kedalam badan secara sedikit demi sedikit selama 5 jam, dengan kata lain badan kita mendapat bekalan vitamin C selama 5 jam secara berterusan. Vitamin C bagus untuk sistem imun kita dan juga sistem badan kita. Vitamin C adalah antara vitamin yang sangat banyak manfaat pada badan kita dari minda hingga ke kecantikkan.
Lebih Lanjut Baca Sini : Hakikat Vitamin C Yang Korang Kena Tahu
Vita-Lea.
Dan akhir sekali didalam set asas Shaklee adalah Vita-Lea. Vita-Lea merupakan multivitamin pertama didunia dan telah berada dipasaran hampir 100 tahun. Hebatkan? Kalau tak bagus takkan bertahan didalam pasaran, think about that? Bila kita sebut multivitamin pasti tahu dah multivitamin mengandungi pelbagai nutrien didalam satu tablet. Vita-Lea Shaklee mempunyai kandungan nutrien yang badan kita perlukan didalam sehari. Lagipun dengan gaya hidup kita yang sentiasa sibuk pasti susah untuk memastikan kita ambil nutrien dengan cukup jadi Vita-Lea membantu kita mengatasi masalah itu.
Lebih Lanjut Baca Sini : Multivitamin Terbaik Dunia
Okay selesai sudah penerangan ringkas tentang set asas Shaklee daripada pakej set shaklee. Daripada ini pelbagai set diwujudkan demi kemudahan para pencinta Shaklee dan juga bakal pencinta Shaklee. Sebagai contoh Set Shaklee For Him, jika mahukan kecergasan boleh ambil Vitality Set (tambahan Vitamin E). Set ini untuk membantu abam-abam sado diluar sana untuk menjaga kecergasan dan kesihatan. Set ini menyokong dan mengekalkan kesihatan otot malahan bagus untuk kesihatan seksual juga. Demi menjaga dan menghasilkan sperma yang sihat dan bagus, nak anak kan? Sila jaga daripada sekarang bagi yang belum berkahwin bagi yang sudah pun masih belum terlambat. Sebagai usaha kita jangan putus asa lagipun kalau makan bagus untuk kesihatan kita juga kan, bab anak tu urusan Allah yang penting jangan berhenti berdoa dan berusaha. Bagi abam-abam yang sudah mula menjejak ke usia emas jangan risau otai masih berbisa, untuk kesihatan dan kecergasan bleh ambil set amazing golden (tambahan Ostematrix dan Vivix). Tambahan 2 vitamin ini untuk menjaga dan menyokong kesihatan tulang dan juga untuk DNA kita.
Untuk Set Shaklee For Her pula pilihan pakej set lebih sedikit daripada kaum adam kerana kaum hawa ni ada extra tugas yang Allah bagi iaitu mengandung dan melahirkan. Untuk wanita ada Ever Vibrant Set dan Radiant Set kerana orang perempuan ni suka kecantikkan, jadi dua set ini amat bersesuai. Bagi melaksanakan tugas mulia yang Allah beri pakej set shaklee ada Prenatal Set (Set Mengandung) dan Postnatal Set (Set Bersalin). Pengalaman saya sendiri mengambil Set Mengandung dan Set Bersalin semasa mengandung dan menjaga kembar semasa pantang amat membantu kerana ia membuatkan saya bertenaga walaupun tidak cukup tidur dan rehat, luka operation cepat sembuh (saya bersalin secara C-section) dan susu melimpah ruah cukup untuk kembar. Semasa berpantang lagilah kena berjaga-jaga walaupun sekarang ramai yang sudah berpantang secara moden tetapi saya tetap percaya ada sebab orang-orang tua kita dahulu buat pantang larang tersebut.
Semasa berpantang secara tradisional banyak makanan yang kita dilarang makan atas alasan sejuk, angin dan sebagainya tetapi dari segi sains makanan itu perlu untuk membantu badan sembuh dengan lebih cepat. Penyelesaian saya yang berpantang secara tradisional ini adalah mengambil supplemen, badan tetap dapat nutrien yang diperlukan malahan dalam dose yang badan perlukan mengikut RDA dan masih dapat berpantang dengan senang hati. Senang bukan, mengapa nak susah hati disebabkan mak kata tak boleh makan tapi doktor kata boleh makan, kita gabungkan tradisi dan moden asalkan yang tradisi tetap terpelihara dan mendapat manfaat daripada yang moden. Mak senang hati, kita senang hati dan doktor yang buat check up follow up pun senang hati.
Tahu tak sekarang sudah mula menjadi trend Set Shaklee menjadi hantaran tunang atau kahwin, sudah mula mendapat tempat dihati pencinta Shaklee dan pengemar supplemen. Jadi para pengantin boleh la cuba, kita ubah daripada bagi kasut atau baju yang kadang kala belum tentu pakai lebih baik bagi supplemen yang semestinya kena makan untuk kesejahteraan rumahtangga dan masa depan.
Credit : akakvitamin.com |
Ada banyak lagi pakej set shaklee yang ditawarkan, boleh lihat pada carta dibawah ini dan untuk senarai harga boleh lihat disini : Senarai Harga
Untuk jaga kesihatan memang bukan tugas yang mudah tetapi jika jatuh sakit pasti lagi susah kerana kita sudah tidak sihat memerlukan bantuan orang lain untuk kita melakukan sesuatu perkara itu belum buka isu kos hospital lagi. Jadi anggaplah ambil supplemen sebagai pelaburan masa panjang yang amat menguntungkan. 3 cara untuk kita kekal sihat adalah jaga pemakanan, bersenam dan menjaga berat badan dan ambil supplemen. Amalkan 3 cara ini, insya allah kita akan hidup sihat. Tetapi kena ingat kita ada Allah dan Dia mempunyai kuasa untuk menentukan kehidupan kita, jika kita diuji dengan kesakitan dan penyakit jangan mudah putus asa. Pasti ada hikmahnya dan jangan pertikaian apa yang jadi walaupun kita sudah menjaga kesihatan dengan baik. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.
Live well with no regrets dearies.