10 Makanan Khas Untuk Wanita


Nak Cantik Tak?
Nak Sihat Tak?
Nak Kurus Tak?
Nak Makan Tapi Tetap Kurus Tak?

Pasti jawapan YA bagi semua soalan diatas terutama sekali soalan yang paling last sekali tu, memang impian setiap wanita hahaha at least for me. Boleh jer tapi kena betul cara la, kenapa? Mana boleh enjoy every food without gaining weight unless balance out with exercise and healthy food. No Pain No Gain babe. Even ambil supplemen untuk bantu kurus pun tetap kena jaga makan dengan exercise inikan pula hendak makan dan makan lagi pastu ambil supplemen kemudian makan dan makan lagi lepas tu mengharap hendak kurus. No No No kena tukar cara pemikiran tu.

Tapi as a woman kita memang kena jaga makan supaya badan kita sihat dan cergas sebabnya kaum wanita ni kehendak dia banyak. Macam-macam dia nak, kalau bagi yang bujang impian selalunya hendak maintain cantik, body cantik, kulit cantik, rambut cantik pendek kata semuanya cantik. Bagi yang sudah berkahwin cantik tu tetap dalam tangga teratas tetapi at the same time dia nak jadi ibu, dia hendak jadi isteri macam-macam dia nak jadi. Wanita ini makhluk Allah yang banyak kehendak salah satunya nafsu makan dan kadang kala apabila diikutkan sangat nafsu tu kita yang binasa. Apabila melibatkan nafsu makan, pemakanan seimbang perlu dititik beratkan. Nak cantik? kena jaga makan. Nak jadi ibu? kena jaga makan supaya rahim dan kesihatan kita sihat. Nak jadi isteri terbaik? kena jaga makan supaya performance ehem ehem terjaga. Nampak tak kaitan pemakanan dengan kehidupan harian kita.

Jadi kenalah jaga pemakanan, makan makanan seimbang kemudian exercise sikit (tahu orang perempuan kebanyakkan tak suka exercise kan tapi sekali sekala tetap kena jugak) ambil supplemen jika perlu (tetapi skang macam memang perlu sebab wanita zaman sekarang busy almaklum wanita korporat). Okay enough of membebel, jom tengok makanan yang bagus untuk kesihatan wanita kalau boleh biarlah ada dalam peti ais rumah tu.

1. Greek Yogurt

Kenapa greek yogurt bukan yogurt biasa? Sebab greek yogurt proteinnya lebih tinggi daripada yogurt biasa. Lagipun sumber kalsium yang bagus tetapi ambil yang kurang gula yer. Protein adalah satu zat yang badan kita perlukan kerana ia membekal tenaga dan diperlukan untuk penghasilan sel-sel baru. Untuk tujuan menguruskan badan pula, protein membantu memelihara otot supaya badan tidak nampak mengelebeh sana sini. 

credit : http://www.recipegirl.com 
Please go to this website for full recipe of this yummy pancake
Untuk banyak lagi resepi Greek Yogurt boleh klik sini : 


2. Prunes

Percaya tak buah prunes sangat bagus untuk tulang, ambil 5 ke 6 biji prunes setiap hari membantu tulang kita sihat dan mencegah kehilangan kepadatan tulang semasa proses postmenopausal (mengikut kajian San Diego State University). Prunes juga bagus untuk sumber serat yang tu confirm semua orang tahu kan tetapi tahu tak prunes juga membekalkan vitamin K, boron, magnesium, potassium dan polyphenols. Ambil prunes dengan greek yogurt semasa sarapan memang terbaik. 

source : wikipedia
3. Berries

Buah berries sedap kan macam blueberry, mulbery dan yang paling common strawberry. Buah dalam kategori berries ni kaya dengan vitamin C, potassium, folic acid, fiber dan antioxidants, termasuk anthocyanins. Berries memang bagus untuk kulit, anti keradangan dan membantu juga didalam mencegah kanser kerana kaya dengan anti oksidan. Anti oksidan menghalang radikal bebas berleluasa, radikal bebas ini boleh bertukar menjadi sel kanser jika tidak dikawal. Jadi rajin-rajin makan buah dalam kategori berry yer.

credit : www.health.com
Nak tahu berries apa yang bagus untuk wanita klik : 


4. Tomato

Siapa suka makan tomato? Buah yang paling biasa jumpa di Malaysia tetapi banyak khasiat. Tomato kaya dengan vitamins A and C, potassium dan lycopene. Ada kajian menyatakan lycopene membantu didalam mencegah beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara dan kanser rahim dan ia juga membantu mengurangkan risiko sakit jantung jika seseorang wanita itu rajin makan tomato. Tomato boleh dimakan begitu sahaja, dibuat jus atau dimasak. Ada pendapat mengatakan jika tomato itu dimasak lycopene lebih mudah diserap.

Jom try buat jus tomato (resepi ni kredit : THR Gegar )
  • 2 biji tomato
  • 1/2 cawan seleri
  • secekak kecil parsley
  • 1/2 sudu kecil garam Himalayan
  • Sedikit lada hitam
  • sedikit ais
Cara-cara nak buat jus tomato:
  • masukkan semua bahan ke dalam pengisar
  • kisar jadi hancur dan jadi jus
  • sedia untuk dihidang
Ada rasa pedas-pedas sikit sebab ada lada hitam tapi kalau rasa tak suka boleh jer jangan letak. Gunakan kreativiti korang untuk buat jus tomato yang sedap. Resepi paling simple kisar tomato dengan madu dan ais. Ini resepi paling selamat hehe.


5. Pistachios

Abah saya panggil kacang pistachios ni kacang pandai sebab kalau rajin makan leh jadi pandai. Pistachios ini istimewa kerana ia mempunyai lutein dan zeaxanthin iaitu 2 antioksidan yang membantu mengurangkan age-related macular degenaration. Keadaan ini lebih banyak menyerang wanita daripada lelaki. Sakit apa tu yer? Meh tanya pakcik Google.
AMD (Age-related Macular Degenaration) is a common eye condition and a leading cause of vision loss among people age 50 and older. It causes damage to the macula, a small spot near the center of the retina and the part of the eye needed for sharp, central vision, which lets us see objects that are straight ahead.
Owhh sakit berkaitan mata rupanya, jadi kena rajin la makan pistachios.

Credit : http://www.bonappetit.com/recipe/fava-bean-asparagus-salad
Salad ni bagus ni sebab semuanya ada, vitamin, serat dan ofkos sedap. Peminat salad kena cuba. 
Resepi boleh dapatkan disini : Fava Bean Asparagus Salad

6. Salmon

Ikan yang paling kaya dengan Omega-3 dan ia bagus untuk jantung, saluran penafasan dan anti keradangan. Untuk wanita mengandung bagus untuk perkembangan otak janin kerana ia tinggi dengan DHA. Ada kajian mengatakan jika wanita mengandung kurang mengambil makanan laut ada kemungkinan anak dilahirkan kurang berat badan dan lahir pra matang. 

Salmon ni cara nak masak dia ada macam-macam, ada orang suka grill, ada yang suka bakar pastu mana yang tekak N9 boleh jer buat masak lemak cili api. Sedap wey cuba try buat masak lemak cili api pasti menjilat jari.

7. Kekacang  ( cth : kacang pea, kacang soya, chickpeas dan lentils)

Siapa suka makan kacang atau bahasa omputihnya legumes? Bagus siapa yang suka makan kekacang sebab ia kaya dengan serat yang orang perempuan selalunya kurang ambil. Kita disarankan mengambil 25 gram serat setiap hari, bestnya serat ni adalah kita akan rasa kenyang jadi kuranglah rasa untuk makan. Lagipun kekacang kaya dengan potassium, magnesium, zink dan vitamin B. Mereka yang makan 1 cawan (5.5 auns) kacang akan rasa 31% lebih kenyang daripada mereka tidak suka makan kekacang (rujuk journal Obesity). Journal of Human Nutrition and Dietetics ada mengeluarkan kajian bagi mereka yang berlebihan berat badan apabila diet harian mereka kaya dengan kekacang bukan sahaja paras kolestrol mereka bertambah baik tetapi hilang 10 pounds dalam masa 16 minggu.

Nak tahu jenis-jenis kacang yang termasuk dalam kategori kekacang atau legumes?
Boleh klik sini : List Of Legumes


8. Brussels Sprouts

Ini bukan makanan yang biasa kita makan di Malaysia tetapi ia bagus untuk wanita sebabnya ia kaya dengan vitamin A, C dan B, serat, pottasium, dan magesium malah mengandungi glucosinolates yang boleh membantu mencegah kanser. Andai kata hendak cuba makan sayur import ni boleh la cari dengan Hypermarket mesti ada punya.

Ini rupa Brussel Sprouts kalau nak cuba beli
9. Pink Grapefruit

Grapefuit ni pun buah import, orang Malaysia tak semuanya makan buah ni. Tapi buah ni power sebab banyak khasiat. Kaya dengan vitamin A,C,B1, B5, Pottasium dan serat, jika ambil setengah biji buah grapefruit sebelum makan ia membekalkan setengah keperluan Vitamin C yang badan kita perlukan. Buah ni juga bantu mengurangkan tekanan darah dan mencegah pembentukan sel kanser. Grapefruit ada pectin iaitu serat larut yang membantu mengurangkan kolestrol dan membantu didalam pengurangan berat badan. Buah ni masam-masam pahit tetapi kalau dah biasa makan jadi sedap pula. Layan gak.

Nak tahu lagi banyak pasal pink grapefruit 

Salah satu kacang yang bagus untuk kita selain daripada almond dan pistachios. Walnut kaya dengan magnesium,calcium, vitamin e, serat, protin dan omega-3. Walaupun para saintis masih belum tahu kandungan apa sebenarnya didalam walnut yang membantu melambatkan tumor pada tikus (kajian dalam journal Nutrition and Cancer) tetapi itu sudah cukup bagus untuk kita amalkan pengambilan walnut dalam diet kita. Lagipun sedap apa walnut, senang kata kekacang ni memang sedap dimakan sebagai snek ataupun letak dalam pemanis mulut.

Leh carik kat Pinterest macam-macam resepi leh jumpa. Kalau rajin search mamat ni dia ada buat board walnut resepi daripada savory sampai ke dessert.


source : www.livestrong.com

Tapi kan tahu tak Vivix pun bagus untuk wanita tau. Ia tinggi anti oksidan, awet muda dan baik untuk kesihatan. Jom la cuba.















0 comment... add one now