Nilai Akal, Letaknya Di Otak Atau Hati?



NILAI AKAL

Lagi dalam kelas Milal wa Nihal (Perbandingan Agama), kali ini bersama dengan lecturer kedua iaitu Dr. Muhammad.

Beliau bertanya "Di manakah letaknya akal?"

Masing-masing semangat menjawab "Kat dalam otak."

Huhu lucu mendengar jawapan itu walaupun secara logiknya nampak betul, tapi aku tetap diam. Seolah-olah ada jawapan lain yang bermain-main dalam kepala. Ceh.

Sambung Dr. Muhammad,

"Tidak anakku, akal itu terletaknya di dalam hati."

Aku membelek Surah Al-Hajj yang diberikan Dr. Muhammad.

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati yang di dalam dada." [QS Al-Hajj, 22:46]

لهم قلوب يعقلون بها..

Banyak kali kita lalu ayat ini, tapi mungkin jarang sekali mentadabburinya dengan sebenar-benar penghayatan sehingga tersentak seketika.

Akal yang Allah beri ini, pandulah dengan nilai hati yang bersih.

Kerana jika hati itu 'bersih', maka 'bersih'lah keseluruhannya. Dan jika hati itu kotor, maka kotor juga lah keseluruhannya.

Bila hati itu bersih, in shaa Allah akan dapat membentuk cara fikir dan cara pandang yang betul.

#bentukcarafikir
#bentukcarapandang

Bermula dengan hati..💚


0 comment... add one now