Why am i doing it? Will i be succeed? What the outcome will be?
Persoalan yang mempunyai pelbagai jawapan.
Mengapa Shaklee? Kan banyak lagi bisnes lain. Ini cerita dan impian saya.
Jatuh cinta dengan shaklee sejak ambil set menyusu semasa anak pertama kemudian terus ambil sehingga anak kedua. Anak kedua boleh dikatakan Babies Shaklee sebab dari mengandung sampai pantang hingga sekarang saya masih setia dengan Shaklee. Mula jadi ahli semasa mengandungkan kembar masa tu niat hanya nak makan sendiri, hati belum terbuka nak berniaga.
Lepas baca ramai berjaya buat shaklee hati mula tergerak lagi-lagi apabila perlu berhenti kerja untuk jaga anak. Biasalah masalah nanny, susah nak cari orang yang sanggup jaga kembar. Demi anak-anak, saya lupakan karier saya, risau dan kasihan suami jika dulu ada dua pendapatan sekarang bergantung sepenuhnya pada dia. Saya tekad untuk buat Shaklee.
Mengapa saya pilih Shaklee daripada produk lain? Sebab utama saya yakin dengan Shaklee dan sudah mula merasai kebaikkannya dan yang paling utama saya tidak pernah didesak untuk masuk. Setelah tekad nak buat saya beritahu upline hasrat saya. Dengan tangan terbuka saya disambut, pelbagai coaching group saya dimasukkan untuk menyediakan saya dengan ilmu dan skill yang sepatutnya. Tidak lupa juga motivasi yang sentiasa diberi sebagai pembakar semangat.
Kemudian tidak memerlukan modal yang tinggi hanya yuran pendaftaran RM75 dah boleh mula berbisnes. Stok pun tidak perlu buat jika tidak berani ambil risiko hanya hantar order pada Shaklee mereka akan uruskan semuanya dari paking hingga ke penghantaran.
Shaklee sudah ada peminat mereka sendiri jadi saya perlu marketing strategy yang bagus untuk menarik perhatian mereka.
Ramai yang sudah berjaya mengapa tidak saya. Usaha perlu dipertingkatkatan. Ramai yang sudah mendapat bonus 4 angka mengapa tidak saya. Mengapa tidak anda? Semua orang mempunyai peluang yang sama pokok pangkal adalah hati, semangat dan usaha. Saya akan berjaya seperti mereka, saya pasti dan saya yakin. Tujuan saya buat bisnes shaklee adalah untuk bantu suami, kumpul duit untuk pendidikan anak-anak, berkhidmat dengan ibu bapa saya dan mahu keluarga saya hidup dengan selesa. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha,impian tanpa usaha hanyalah angan-angan.
Saya bersyukur ditemukan dengan grup bisnes shaklee yang hebat. Amalan rohani menjadi pegangan kami, meminta padaNya adalah amalan kami dan mendekatkan diri pada Pencipta adalah kewajipan yang diterapkan. Kami tidak dipaksa mencari downline, tidak dipaksa naik rank dan tidak dipaksa membuat sales. Semuanya atas diri sendiri, set target sales sendiri,plan nak naik rank pun sendiri yang tentukan tapi kalau ada plan tapi tak bergerak 'mak' atau upline akan mula bertanya la jugak kan. Plan bukan main bombastic tapi duduk diam mana nak jadi.
Saya pasti berjaya menjadi Master sebagaimana mentor-mentor yang kagumi. Berminat mengetahui lebih lanjut tentang bisnes ini boleh hubungi saya.
Ayu.zalie@gmail.com @ 012-384 9293 (ayu)
Ayu.zalie@gmail.com @ 012-384 9293 (ayu)