Lecithin Shaklee : Vitamin wajib menjelang syawal

Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa

Mood raya is on!!!
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Bila nak raya mula la terbayang rendang, ketupat, lemang, dodol..yum yum sedapnya.. terliur dah bila terbayang semua juadah tu..kan kan kan..kalau dapat makan harus berpinggan-pinggan ni..puasa sebulan la katakan jadi bila dapat makan apa lagi..yer tak...hehehe

TETAPI yang tak bestnya juadah itu semua BERLEMAK & TINGGI KOLESTROL. Cuba bayangkan lemak-lemak itu semua melekat kat dinding jantung kita kemudian darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Isk ngeri betul. Bagi yang penat berdiet semasa bulan puasa takkan la nak biarkan usaha tu terkubur begitu sahaja disebabkan makanan itu semua. Isk isk isk rugi sangat-sangat.

Syawal untuk kita meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu semasa bulan Ramadhan bukannya bulan untuk kita makan semahunya. Allah suruh kita bersederhana didalam semua perkara. Berbelanja secara sederhana, hidup secara sederhana malahan makan pun secara sederhana.

Saya sudah dapat turunkan berat badan dengan jayanya takkan la saya nak sia-siakan usaha saya tu kan. Jadi saya akan bawa lecithin kemana sahaja. Satu paket lecithin akan sentiasa ada didalam hand bag supaya sampai masa waktu makan vitamin saya tidak akan miss. Biasalah bila berjalan raya semuanya jadi lupa.

Lecithin bertindak sebagai pemecah lemak dan akan mengelmusikan lemak tersebut supaya boleh dibuang dari badan kita. Jadi bila makan juadah yang berlemak saya tidak perlu risau lagi. Namun itu tidak bermakna saya boleh makan semahunya. Lecithin juga boleh membantu mengawal kolestrol di dalam badan kita. Jangan la semasa bulan Ramadhan tekanan darah dan kolestrol bacaannya bagus bila Syawal mencanak-canak naiknya. Tidak bagus tu. Walaupun beraya kesihatan perlu diutamakan.
Kata kunci adalah BERSEDERHANA.

Saya dah pack lecithin saya. Anda pula bagaimana?
Bagi yang mahu mencuba maaf saya pinta kerana produk ini sangat HOT maka stok habis disemua Shaklee branches mahupun HQ. TETAPI anda masih boleh mengambil OMEGA GUARD kerana fungsinya lebih kurang macam lecithin iaitu memecahkan lemak dan mengawal kolestrol serta darah tinggi. Kelebihan omega guard yang lain adalah ia bagus untuk otak kita membantu daya ingatan.
Jadi jangan bermuram durja lecithin tiada omega guard kan ada. Akhir kata berhati-hati dijalan raya ketika pulang ke kampung halaman dan berhati-hati semasa makan juadah hari raya. Ikutkan nafsu binasa badan.  ♥♥♥



 

0 comment... add one now