KEPENTINGAN MENJAGA SOLAT
Salam Asar.Semoga kita sentiasa diberi.Allah keredhaannya dan diberi kekuatan utk menunaikan solat yg sempurna dan diterima segala amalan.Aamiin
"Solat merupakan tiang agama. Seseorang yang menjaga agama, manakala jika meninggalkan solat ia dianggap meruntuhkan agama. Bukankah perkara pertama yang bakal dihisab di akhirat kelak adalah solat? Jika solatnya baik, maka keseluruhan amalnya baik. Jika solatnya tidak baik, keseluruhan amalnya tidak baik. Tidak ada sesuatu sebab pun bagi seseorang muslim untuk meninggalkan solat, walau di dalam keadaan apa sekali pun. Kerana apa? Ianya adalah untuk menjaga hubungan di antara hamba dan Tuhan."
Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid
📚📚📚📚📚📚📚📚📚📚📚📚📚
Terapi untuk orang yang malas solat..
Diceritakan, ada seorang pemuda berjumpa dengan seorang syeikh kerana ada satu hajat yg besar.
Pemuda itu berkata kpd syeikh "wahai syeikh, boleh aku diangkatkan dari kewajipan menunaikan solat fardu 5 waktu?"
Maka syeikh itu pun menjawab "ya, boleh. Tapi dgn satu syarat." Pemuda itu bertanya "apakah syaratnya wahai syeikh?"
"Syaratnya ialah, hendaklah engkau menunaikan solat 5 waktu di belakang imam (berjemaah) tanpa terlepas takbir pertama (takbiratul ula) selama 40 hari. Kemudian engkau dilepaskan dpd tgjwb menunaikan solat 5 waktu.
Pemuda itu sanggup menunaikan syarat tersebut dan terus mengerjakan apa yg disuruh. Setelah 40 hari pemuda itu berjumpa lagi kpd syeikh.
"Sekarang bolehlah engkau meninggalkan solat 5 waktu?" maka dijawab pemuda itu "Bagaimana mungkin aku meninggalkan solat? padahal ia sudah menjadi darah dagingku"
~ Ustaz Iman Daud ~