Daripada Abu Hurairah radhiallahu'anhu, kata beliau: Rasulullah shallallahu'alihiwasallam selalu berdoa (dengan doa):
اللُّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أٓمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الّٓتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي إِلَيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلِ الحَيَاةٕ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيرٍ، وَاجْعَلِ المَوتَ رٓاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ.
"Ya Allah! Perelokkanlah untukku urusan agamaku yang mana ianya menjadi penjagaku, perelokkanlah untukku urusan duniaku yang mana ianya menjadi tempat hidupku, perelokkanlah untukku urusan akhiratku yang mana ianya menjadi tempat aku kembali, jadikanlah hidup ini sebagai penambah segenap kebaikan untukku, dan jadikanlah mati sebagai kerehatan daripada segenap kejahatan untukku".
Diriwayatkan oleh Muslim di dalam Shahih beliau.
Faedah:
- Hadith tersebut menunjukkan eloknya berdoa dengan doa ini kerana ianya merangkumi setiap aspek.
- al-Imam al-Qurthubi berkata:
"Doa yang agung ini menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat, kebaikan agama dan dunia. Sepatutnya bagi setiap yang mendengar hadith tersebut menghafalnya dan berdoa dengan doa tersebut siang dan malam. Sekiranya seseorang berdoa bertepatan dengan waktu mustajab, maka dia akan memperolehi kebaikan dunia dan akhirat". (Al-Mufhim 7/49).