ESP Shaklee atau Energizing Soy Protein siapa yang tidak kenal ESP Shaklee. Bagus untuk tambah susu badan, boleh buat orang jadi kurus, boleh buatkan kulit jadi gebu dan macam-macam lagi. ESP Shaklee rendah glisemik indek hanya sekitar 39 sahaja menjadi kan ia sesuai diambil oleh orang yang menghidap diabetes. Korang tau tak yang satu hidangan ESP Shaklee bersamaan 2 kali daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol,tiada asid ulric dan sangat mudah diserap oleh badan. Best kan!
Bacaan lanjut boleh baca disini : ESP Shaklee : 10 Khasiat ESP Yang Wajib Anda Tahu
Secara ringkas kebaikan ESP adalah :
Awet Muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan secara konsisten membantu anda mencapai awet muda.
Baik Untuk Hormon - Kaya dengan isoflavones yang bersamaan dengan hormon wanita, membantu merendahkan paras kolesterol dan osteoporosis.
Baik Untuk Prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mampu mengekang sel kanser merebak dan menular.
Kulit Remaja - Agen penuaan, mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengurangkan kesan parut dan merangsang pembentukan semula kulit serta otot.
Pembekal Tenaga - Mampu membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.
Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori
Walaupun ESP Shaklee ini banyak khasiat yang menarik dan bagus untuk badan masih ramai yang tidak dapat menelan ESP kerana rasanya. Saya tidak mempunyai masalah tersebut kerana saya suka rasanya, para nutrisi Shaklee juga mengatakan adalah lebih baik minum ESP tanpa menambah perisa. Tetapi penambahan perisa yang tidak keterlaluan juga boleh bagi membuatkan ESP lebih sedap dan irresistible.Untuk itu saya kumpulkan resepi-resepi ESP yang dicadangkan oleh Shaklee dan yang telah dibuat oleh para kengkawan saya yang ambil ESP.
ESP + Milo (Jangan letak milo sangat nanti dapat sakit lain pulak)
ESP + Yogurt Drink (Any flavour)
ESP + Ribena
ESP + Performance Drink Shaklee
ESP + Mealshake Shaklee
ESP + Fresh Milk (any flavour)
ESP + Kurma ( letak beberapa biji kurma dan kisar bersama, kalau suka boleh buat macam ais blended kisar bersama ais)
ESP + Nestum
ESP + Jus buah-buahan segar
ESP + Madu
Ini hanya beberapa cadangan, boleh buat ikut kreativiti sendiri asalkan tidak memudaratkan. Macam mana boleh jadi mudarat? Soalan yang menarik bukan, sebagai contoh campur ESP dengan Milo. Milo pada azalinya sudah manis dan jika korang tambah milo macam buat Milo Dinosour haruslah kandungan gula tinggikan, kemudian minum pulak hari-hari macam tu memang dapat kencing manislah jawabnya. Jadi bila buat resepi ESP korang sendiri pastikan bersederhana supaya khasiat ESP tidak terjejas. Ada Faham...
Cuba lah mana-mana resepi yang korang suka, favourite saya ESP campur yogurt drink atau fresh juice. Minum begitu sahaja juga sedap sebab rasa hint of vanilla tetapi ikut tekak masing-masing la cuma ingat pesan saya tadi la jangan sampai dapat penyakit lain pula semasa seronok mencuba macam-macam resepi ESP.
Selamat Mencuba...