Dish Wash Concentrate Shaklee Lembut Pada Tangan Dan Bebas Bahan Kimia
Ayu ZalieAsal basuh pinggan jer tangan mesti kering, asal basuh pinggan jer tangan mesti mengelupas. Malas la nak basuh pinggan macam ni nanti kulit kasar jatuh saham. Berani cakap macam tu depan mak korang silap-silap kena piat telinga. Tapi memang betul pun ada pencuci pinggan mangkuk yang kuat bahan kimianya membuatkan kulit kering dan mengelupas. Ada yang kulit sensitif sampai mengelupas teruk dan sakit bila disentuh. Tapi jangan risau banyak pencuci pinggan di pasaran sekarang sudah mesra pada kulit tetapi adakah bebas bahan kimia?
Saje kan timbulkan satu lagi persoalan hehe. Dish Wash Concentrate Shaklee adalah jawapannya kerana ianya selamat,berkesan dan mesra alam. Nanti saya cerita lagi lepas ni, sebelum itu tahu tak yang sesetangah pencuci pinggan mangkuk terkandung surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate, isk saintifik sungguh namanya. Bahan-bahan ini boleh merengsakan kulit dan mata jadi mereka yang mempunyai kulit sensitif memang akan sengsara la apabila pakai sabun ni.
Okey jom saya cerita pasal Dish Wash Concentrate Shaklee pula kenapa saya kata ia istimewa dan bagus. Dish Wash Concentrate Shaklee tidak ada bahan-bahan yang saya nyatakan diatas mahupun bahan-bahan bahaya yang lain. Ianya selamat, tanpa klorin,lembut pada tangan,pH seimbang dan hipoalergenik (tidak/kurang menimbulkan alahan).
Itu dari segi selamat daripada segi keberkesanannya pula, insya allah memuaskan hati penggunanya. Hanya beberapa titik dapat meninggalkan kotoran degil, klise kan ayat tu tetapi kebenarannya begitu tak boleh nak kata apa la. Tidak perlu pakai banyak hanya sedikit sudah cukup jadi secara tidak langsung jimat dan lama boleh pakai. Sekarang kan zaman GST jadi semua barang kena beli yang menjimatkan.
Dish Wash Concentrate Shaklee diperbuatk daripada bahan semulajadi menjadikan ia mesra alam seiring dengan moto Shaklee sentiasa mesra alam. Sabun basuh pinggan istimewa ini diperbuat daripada jagung dan kelapa. Ha, percaya tak? Jagung dengan kelapa jer wey tiada bahan pewarna, biorosot, tanpa fosfat, selamat untuk sistem pembentungan dan septik.
Amacam tak teringin nak cuba ker? Kalau teringin nak cuba boleh hubungi saya yer..no kontek ada dibawah..terima kasih kerana sudi membaca...
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →