Hadapi Ramadhan Dengan Senyuman, Stok EBM Masih Penuh Dipeti Walaupun Berpuasa



Terima kasih masih sudi menyinggah blog saya ini.

Bulan puasa bakal tiba tidak lama lagi, ibu-ibu gojes sekalian dah ada plan untuk memastikan susu cukup tak nanti. Bulan Ramadhan nanti ada ibu akan terkesan production susunya, ada ibu yang tidak. Bagi yang 1st time mom saya nasihatkan test run dulu untuk tahu production akan down atau tidak semasa berpuasa, supaya kita ada boleh buat back up plan. Untuk ibu-ibu yang sudah ada beberapa orang anak biasanya sudah boleh agak production mereka macam mana semasa bulan puasa.

Kenapa saya nasihatkan buat test run untuk 1st time mom? Kerana mereka tidak pernah alami keadaan berpuasa dan menyusu jadi mereka tidak tahu bagaimana production susu mereka dan juga untuk mengelakkan stress dan down semasa bulan puasa nanti. Semasa bulan puasa stress pastu down sebab susu merundum mesti tak best kan, bila stress susu lagi bertambah down. No no no we dont want that. Jadi cubalah berpuasa, buatlah puasa sunat ker kalau ada baki puasa ganti habiskan kemudian monitor production susu macam mana. 1st day biasanya susu ok lagi, masalah akan muncul semasa 2nd day ke atas apabila badan dah mula kekurangan air sebab berpuasa. Jika production susu mula merundum, kita perlu buat plan.

Antara plannya cuba cari milkbooster yang sesuai dengan badan mami gojes sekalian. Saya dulu ambil ESP dan Performance Drink semasa bersahur, makan kurma selepas berbuka dan semasa sahur. Alhamdulillah production susu masih didalam kawalan walaupun berpuasa. Make sure bersahur yer mami gojes sekalian supaya sentiasa bertenaga walaupun menyusu dan pam susu dan minum air secukupnya. Buat juga jadual pam untuk bulan puasa ni, cuba pam sebelum bersahur dan selepas bersahur. Ingat balik rules "Empty Breasts = Faster Milk Poduction, Full Breast = Slower Milk Production". Jika Cik B dapat dikosongkan sebelum ke office, susu baru akan dihasilkan. Malam production susu lebih banyak daripada siang kerana hormon prolactin tinggi semasa malam, jadi jika mami gojes sekalian larat ataupun berjaga malam untuk beribadat luangkan sedikit masa untuk pam susu juga. Ini untuk memastikan stok EBM mencukupi sekiranya waktu siang mami gojes sekalian keletihan tidak dapat nak pam seperti selalu. Selepas pam selalunya kita akan rasa haus atau lapar, mami gojes sekalian kena kuat yer.

Sekiranya susu merundum dengan jayanya, mami gojes sekalian boleh cuba buat power pumping untuk stimulate otak bagi menghasilkan lebih banyak susu. Yer saya tahu banyaknya kerja tetapi untuk baby kenalah berkorban nanti stok EBM tak cukup mami dekat opis juga yang tak senang duduk. Bagi baby atas 6 bulan ok la sebab mereka sudah boleh makan dan minum air kosong, bagi baby yang masih belum cukup 6 bulan, susu ibu sahaja sumber kekuatan mereka. 

Satu lagi cara, daripada sekarang mami gojes sekalian kena pam stok banyak-banyak supaya bulan Ramadhan nanti stok EBM tak putus dan dalam keadaan terkawal. Saya dulu banyak silap, stok EBM tak buat daripada pantang jadi bila naik kerja bergantung pada stok fresh yang pam setiap hari. Apabila bulan puasa memang saya risau sebab stok fresh kan, alhamdulillah milkbooster yang saya ambil membantu.

Mami gojes sekalian jangan stress, breastfeeding memang hardwork tetapi kita boleh lakukakannya. Keep faith and dua Insya Allah everythings will be fine.




0 comment... add one now