Badan Sihat Pun Kena Detoks Jugak..Kenapa Ek?



Terima kasih kerana sudi singgah blog saya ni..muahciked

Saya nak share apa yang orang shared kan pada saya, kisah seorang ibu yang menjaga pemakanannya tetapi tetap anaknya tidak sihat.

Sharing sikit

Saya baru baca buku sikit pasal allergy..

cerita 1..penulis tu ckp masa dia pregnant..dia byk mkn mknnan sihat, organik dan jauhi processed food, alkohol n ada lagi rasanya..

bila nk melahirkan baby dia besar kena caesar..n baby tu dh keras bdn n otot dia..sihat la..lepas 3 bulan eczema n rashes mula ada..makin byk n xhilang..dh pantang pun tetap ada..

Masa baby 6 bulan dia amik rambut baby buat test kat lab..result..tubuh baby dia tinggi nikel n mercury. .dia pun cari n pikir2 mana la anak dia dpt menda2 tu..rupanya dia byk mkn tuna 3-4x seminggu, baby absorb mercury masa duk dlm perut..n sebab tampalan gigi mak dia ada kandungan mercury, nikel n dll..belah kiri n baby tu kurang nk nenen tetek belah kiri..

Perkakas masak n serve hidangan semua tukar yg kaca yg bukan stainless steel n ada lagi dh lupa..baru rashes anak dia ok.

Daripada sharing ini kita dah tahu, betapa kita menjaga makan kita tetap kita perlu buat detox. Cuba baca balik sharing tu, dia menjaga makannya semasa mengandung tetapi kenapa anak dia tetap tidak sihat rupa-rupanya keracunan mercury. Sumber mercury tu daripada tuna dan tampalan gigi. Tuna memang bagus kerana tinggi Omega-3 dan DHA tetapi tuna tinggi kandungan merkurinya.


Jadi kita kena buat detox untuk menyingkirkan bendasing yang tidak baik daripada badan kita supaya kita dapat hidup sihat dan berkualiti. Kita buat detox kerana persekitaran kita sekarang bukan seperti zaman mak-mak kita dulu. udara tidak tercemar, sayuran segar, buah-buahan segar, ikan fresh, daging ayam pun sihat takder cucuk hormon. Zaman kita sekarang terlalu banyak percemaran, ia masuk dalam badan kita daripada pelbagai sumber. Oleh kerana itu kita perlu buat detox, detox bukan semata-mata ingin kurus walaupun selepas detox badan kita lagi mudah turun tetapi tujuan utamanya untuk sihat. Kita tidak mudah jatuh sakit dan anak-anak semua sihat.

Tahu tak yang kita terdedah kepada pelbagai jenis logam berat seperti kadminum, mercuri dan plumbum?  Antara sumber Plumbum adalah cat rumah, sistem perpaipan dan tanah pertanian, mercuri daripada makanan laut yang tercemar dengan mercuri manakala kadminum daripada perokok, bateri dan makanan yang tercemar dengan kadmium. Scary tak? Contoh makanan yang tercemar dengan kadmium adalah sotong kering

Boleh baca artikel mengenai pencemaran kadmium Disini : Sotong Pembunuh Manusia

Antara kesan-kesan logam berat ni pada kita adalah kerosakan sistem saraf utama, organ dalaman, sistem endokrin (sistem yang menghasilkan hormon) dan tulang. Isk sakit kronik tu. Jadi macam mana kita nak buang logam-logam berat dari badan ni.

Salah satu cara adalah ubah gaya hidup kita jika dulu tak suka makan sayur dan buah, sekarang kena mula makan sayur-sayuran serta buah-buahan. Amalkan diet yang tinggi nutrisi dan tinggi kandungan mineral untuk singkirkan logam dari badan. Contoh makanan yang tinggi mineral adalah kekacang, yogurt, susu, barli dan delima. Ikan pun tinggi dengan sumber mineral tetapi kena kurangkan ikan yang tinggi merkuri seperti bawal, ikan pari dan ikan sebelah. Pengambilan supplemen juga membantu.



Jadi jangan berlengah lagi, mulakan detox dari sekarang. Ala bukan kena buat selama-lamanya hanya beberapa hari dalam sebulan jer ibarat buat maintenance kereta. Selamat berdetox.

Boleh baca perihal detox di entri saya ini juga : Shaklee Detox: Kenapa Orang Semua Sibuk Pasal Detox Ni?



0 comment... add one now