Assalamualaikum dan Selamat Malam







Ambil wuduk dan sebelum tidur mari kita amalan sunnah Rasulullah saw...baca tasbih fatimah (Subhanallah, Alhamdulillah & Allahuakbar )


" Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada nabi s.a.w seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab nabi s.a.w :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Muslim) "
 Jangan lupa juga 3 Qul dan setelah abis baca tiup kan ke tapak tangan dan sapu dari kepala hingga ke hujung kaki sebagai pendinding diri daripada anasir jahat.

" Kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan dengan kepala, muka, belakang, dan dilakukan sedemikian sebanyak tiga kali. (Mafhum daripada hadis yang direkodkan oleh Bukhari) "
(kredit:Sunnah Dan Amalan Rasulullah)

SELAMAT MALAM


0 comment... add one now