Sayangi Matamu Dengan Carotomax Shaklee




        Mata adalah organ yang penting dalam kehidupan kita, bayangkan jika kita hilang penglihatan seperti orang buta. Susah kan...Oleh itu dari sekarang kita perlu menjaga kesihatan mata kita.

Hasil dari kajian oleh National Eye Institute, AREDS (The Age-Related Eye Disease Study) telah menunjukkan kombinasi agen antioksidan yang tinggi bersama Vitamin A, C dan E serta mineral mampu menurunkan risiko masalah penyakit mata Degenerasi Makula (Macular Degeneration) dan Katarak.

(sumber : Makanan Untuk Mata Sihat)

      Carotomax bersifat antioksida dan membekalkan perlindungan antioksida yang badan perlukan. Shaklee memanfaatkan perlindungan antioksidan yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan tumbuhan lain dengan mengasingkan dan menyampaikan bentuk yang lebih kuat dari karotenoid semulajadi

    Carotomax bukan sahaja baik untuk mata tetapi untuk kulit, prostat dan lain-lain.Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah bagi memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

Apa Kebaikannya?

Carotomax mengadungi 6 varieti karotena yang diesktrak dari rangkaian sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan sifat antioksidan seperti rumpai laut ,tomato,biji anggur,brokoli,marigold,epal,kentang, minyak sawit dan lain-lain.

1. Perlindungan daripada radikal bebas.
2. Sumber Vitamin A yang bagus.
3. Menguatkan sistem imunisasi.
4. Sumber anti oksida yang terbaik.
5. Mempertingkatkan kualiti penglihatan.
6. Melindungi dari rabun malam.
7. Membina sel-sel yang rosak.
8. Bagus untuk kulit yang bermasalah seperti jerawat.
9. Penting untuk pembinaan tulang, gigi, gusi, rambut dan kulit yang sihat.

Mengapa Carotomax?

1. Alpha Carotene
Untuk penglihatan malam, mata sihat, kulit dan membran mukosa

2. Beta Carotene
Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Memperingkatkan sistem imun, mengurangkan risoko kanser usus, payudara dan prostat.

3. Lycopene
Bersifat anti oksidan, menghalang penuaan organ. Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun. Mengurangkan penyakit kelejar prostat.

4. Astaxanthin
Melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL

*Kolesterol LDL , yang dikenali sebagai kolesterol "buruk " anda , menjadi lebih berbahaya apabila ia teroksida . LDL teroksida boleh menghasilkan keradangan dalam arteri yang membekalkan darah ke organ-organ anda dan tisu-tisu , seterusnya menggalakkan aterosklerosis dan meningkatkan
risiko anda mendapat serangan jantung atau strok .

(sumber : What Is Oxidized LDL?)

5. Lutein
Menyekat katarak, AMD ( age related macular disease ), glaukoma

*AMD adalah keadaan mata biasa dan punca utama kehilangan penglihatan di kalangan mereka yang berusia 50 dan lebih tua . Ia menyebabkan kerosakan kepada makula , tempat kecil berhampiran pusat retina dan bahagian mata yang diperlukan untuk tajam , penglihatan pusat , yang membolehkan kita
melihat objek yang lurus ke depan .

(sumber : Facts About Age-Related Macular Degeneration )

6. Zeaxanthin
Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks



Untuk Siapa?

1. Mereka yang ingin menjaga kesihatan
2. Mereka yang tidak mengambil diet seimbang disebabkan kekangan masa ataupun wang.
3. Mereka yang terdedah pada radikal bebas.

* Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semula- jadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan.

(Sumber : Radikal Bebas, Penyakit dan Penuaan )

4. Mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat.

Bukan Untuk...

Ibu mengandung kerana mengandungi anti oksida yang kuat.

Info Produk





Harga Pasaran : RM 74 / 30 kapsul
















1 comment... add one now

atiehilmi.com atiehilmi.com 07 Januari, 2017
wah !! best nih.. lately pun badan tak berapa sihat.. mungkin supplement nih boleh membantu sedikit sebanyak..