Susu Ibu : Power Pumping





Masalah susu merundum, memang akan timbul bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Masalah ini akan timbul bila-bila masa tanpa diduga kerana susu ibu memang sangat berkait rapat dengan kehidupan harian si ibu dari segi aktiviti, hormon, emosi dam kesihatan. Susu boleh merundum jika ibu demam atau pun stress ditempat kerja, yang biasa berlaku susu jadi merundum apabila jadual pam tidak dapat diikut kerana terikat dengan tanggungjawab kerja. Dulu saya juga begitu, kalau demam, stress, period susu mulalah berkurangan yang paling saya sedih apabila saya tidak dapat pam seperti selalu kerana kerja terlalu banyak sehingga tidak dapat nak pam. Jika dulu terasa Cik B bengkak sebab tak pam bila selalu skip jadual pam rasa bengkak sudah tiada. Lagi satu yang saya perasan jika saya berpuasa susu akan berkurangan, selepas berbuka baru susu meriah balik. Oleh kerana itu saya buat power pumping untuk meriahkan balik susu, jika dibiarkan nanti otak mula menghantar signal mengatakan susu tidak perlu dihasilkan banyak sangat sebab tiada pemintaan. No demand No supply. Ha sebab itu kena paham konsep supply & demand.

Kita cuba faham dulu apa itu power pumping kemudian kita masuk ke cara buat power pumping.

Power pumping? Apa tu?

Power Pumping adalah kaedah bagi menambahkan susu badan. Kita memberi signal pada otak supaya menghasilkan lebih banyak susu. Selalunya kaedah ini dibuat apabila susu mula merundum, nak tambah stok atau kes relaktasi. Tanggapan yang salah adalah buat power pumping untuk dapat hasil yang banyak mas tu jugak. Tak betul tu, hasil akan dapat dilihat selepas seminggu.

Caranya jika ibu ada double pump, pam kedua-dua belah selama 20 minit kemudian rehat selama 20 minit, Ulanginya selama satu jam. Bagi single pump, pam sebelah selama 10 minit kemudian sebelah lagi 10 minit dan ulanginya selama satu jam. Boleh dilakukan sekali sehari atau ada ibu yang buat semasa hujung minggu. Sambil pam tu basahkan lidah dengan berzikir YA MATTIN minta Allah tambahkan susu untuk si manja dan minta dipermudahkan urusan penyusuannya.



Sebenarnya jadual power pumping ni ada macam-macam version, kalau google macam-macam version boleh jumpa tetapi bottim line is pump berulang kali dalam masa sejam. Ini adalah jadual yang saya ikut bila saya buat power pumping dulu. Jika puan-puan ada jadual yang lebih sesuai untuk puan sila gunakan tiada paksaan. Ini hanyalah rujukan.

Mesti ramai yang pelik kenapa kena pam selama satu jam, lamanya? Ini untuk meransang atau stimulate otak kita supaya hasilkan banyak susu. Ingat rules "Empty Breast = Faster Milk Production, Full Breast = Slower Milk Production". Apabila Cik B rajin dikosongkan, signal yang kita hantar pada otak ialah susu tak cukup ni kena hasilkan susu banyak lagi.

Jadi kena Rilek dan Jangan Stress, sambil-sambil pam tu bacalah novel ker tengok gambar baby ker layan facebook ker layan candy crush ker hehehe. Ingat balik tujuan kenapa buat power pumping. Nak susu banyak kena lah bersabar.

Waktu terbaik untuk buat power pumping adalah tengah malam kerana pada masa itu hormon prolaktin sangat tinggi. Apa pulak hormon prolaktin ni? Hormon prolaktin adalah hormon yang merangsang penghasilan susu.

Jadi bagi ibu-ibu yang rasakan susu mula merundum bolehla lakukan power pump. TETAPI jangan lakukan terlalu kerap kerana takut merosakkan tisu-tisu payu dara. Badan kita perlu dijaga yer.

Ini adalah bacaan yang sangat bagus untuk menambah ilmu penyusuan ibu:

Increasing Breast Milk Supply-Power Pumping


Akhir Kata:

Sedikit tips ringkas untuk tambahkan susu:

1. Buat power pumping waktu malam sebab hormon level tinggi masa tu.

2. Jangan stress. Be happy and think positive.

3. Bersyukur dengan hasil yang ada dan jangan bandingkan dengan hasil orang lain.

4. Minum air masak at least 3 liter per day.

5. Amalkan zikir Ya Matin dan berdoa dipermudahkan bagi dapat menyusukan anak sehingga 2
 tahun. Amalkan ayat surah Al-Baqarah ayat 60 untuk banyakkan susu.

6. Bersabar dan redha

7. Makan makanan tambah susu atau supplemen.

8. Rajin-rajin kosongkan breast untuk tingkatkan penghasilan susu.

9. Jangan malas atau culas kemudian merungut apabila susu kurang kerana itu semua berpunca dari  
anda sendiri.

10. Breastfeeding road is tough but u when u want it u can do it. Semuanya akan jadi mudah apabila
 kita berusaha melakukan yang terbaik.


2 comments.. read them below or add one

y i e n y i e n 14 April, 2016
Pernah buat, tp takde la lama sangat, huhu~~
Ayu Zalie Ayu Zalie 14 April, 2016
takde lama sangat macam mana tu sis? masa tuk buat power pumping ker?