Cara Pengurusan EBM (Expressed Breast Milk)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai cara pengurusan EBM Bagi ibu-ibu bekerja perlu memahami dan tahu bagaimana untuk menguruskan EBM. Jadual di bawah menunjukkan berapa EBM boleh disimpan.
Setiap kali selepas pam labelkan botol dengan tarikh dan masa supaya senang nanti hendak tentukan susu mana yang perlu diguna dahulu. 

Bagaimana untuk mencaikan EBM beku
1. Sentiasa gunakan susu yang paling awal diperah. Disinilah pentingnya label untuk rujukan
2. Letakkan susu beku yang hendak digunakan dibahagian bawah peti ais semalaman supaya susu beku mudah cair.
3. Rendamkan bekas berisi susu yang ingin digunakan didalam air suam bukan air panas. Suhu dalam 40 celcius sahaja. Panaskan kuantiti untuk satu sesi penyusuan sahaja.
4. Jangan panaskan dalam microwave atau dapur.
5. Habiskan susu yang telah dipanaskan dalam masa satu jam, baki susu tidak boleh disimpan semula
6. Akan wujud 2 lapisan lemak pada susu, lapisan atas dinamakan hindmilk lapisan bawah adalah foremilk. Goyang bekas perlahan-lahan untuk sebatikan 2 lapisan tersebut
7. Pastikan suhu susu dengan titiskan pada belakang tapak.

Mudahkan. Sila ajar pengasuh anak anda bagaimana untuk memanaskan EBM. Sekarang pun sudah banyak nursery yang menyokong susu ibu dan mereka mahir menguruskan EBM. 

Tips Penyimpanan Susu Optimum
1. Di tempat kerja : Simpan susu perahan dibahagian sejuk peti ais (jangan bekukan).
2. Sampai dirumah : Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh dibahagian sejuk(bukan dibekukan) untuk digunakan keesokkan hari. Simpan susu selebihnya dibahagian beku
3. Pengurusan bekalan susu : Pada setiap hari, ambil satu botol susu yang bertarikh paling lama,bawa turun kebahagian bawah peti ais untuk dibiarkan cair semalaman. Gunakan keesokan harinya bersama susu segar dibahagian sejuk peti ais.

Bolehkan? Insya allah dengan doa,usaha dan tekad Allah akan permudahkan usaha puan-puan menyusukan anak sehingga 2 tahun

Sumber: Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

Jika ada antara ibu-ibu mahu supplemen bagi menambah susu badan boleh hubungi saya Ayu 012-3849293 sms/whatsapp/we chat mana-mana medium yang puan selesa. 

0 comment... add one now