Set Triple M Shaklee : Ceritera susu badan



    Alhamdulillah sejak saya mula menjual produk Shaklee ramai yang menbeli set penyusuan. Seronok saya lihat kesedaran mengenai susu badan sudah makin bertambah. Makin ramai ibu-ibu yang berusaha untuk menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun. Saya tahu bukan senang melalukan, si ibu perlukan keinginan dan keyakinan yang tinggi. Saya dapat menyusukan anak pertama saya selama setahun 8 bulan tetapi hanya 8 bulan sahaja dia fully susu ibu selepas itu dah mula campur sebb saya tak dapat nak buat stok EBM kerana terlalu sibuk bekerja. Tetapi anak saya masa itu Allah memang nak tolong saya, Irfan tidak berapa suka susu formula kadang-kadang dia tidak minum susu seharian dan sanggup tunggu saya balik untuk menyusu badan. Jadi satu tin susu formula boleh tahan kadang-kadang sampai 3 bulan. 

    Sekarang saya menyusukan si kembar pula, kali saya tekad nak menyusukan sampai 2 tahun. Alhamdulillah kembar sudah 9 bulan dan masih belum campur susu lagi. Saya memang pengguna tegar set triple M Shaklee dan saya sedih bila ada mula sangsi dengan keberkesanan set ini. Memang betul konsep demand n supply perlu difahami bagi setiap ibu menyusu. Kunci untuk banyakkan susu juga dalah rajin kosongkan payudara supaya susu dapat dihasilkan. Banyak makanan untuk tambah susu contohnya jantung pisang, barli,halba,longan kering, peria katak dan macam-macam lagi senarainya panjang. Saya pernah ambil  beberapa makanan yang disebut tadi dan memang susu bertambah tetapi saya tak larat nak makan tetiap hari hehehe kerana itu saya beralih ke set penyusuan shaklee. Disamping membuat solat hajat dan zikir minta bantuan Allah permudahkan urusan saya menyusukan anak-anak dan banyakkan susu untuk mereka.

   Set penyusuan ini faedahnya lebih kepada si ibu sebenarnya sebagai contoh Set Triple M, Vitamin yang ada didalam set adalah Vitalea, B Complex, Vita C, Alfalfa, Ostematrix, ESP. 

Vitalea - multivitamin dan pemberi tenaga kepada ibu.
B Complex - mengelakkan dan mengawal stress ibu
Vita C - menguatkan imun badan ibu
Alfalfa - milk booster dan membenatu mengecutkan rahim ibu selepas bersalin
Ostematrix - membekalkan kalsium harian pada ibu
ESP - membekalkan tenaga kepada ibu, membantu ibu kembali langsing dan milk booster.

    Keenam-enam vitamin didalam set semuanya untuk si ibu. Apabila ibu gembira susu lebih mudah dihasilkan dan apabila badan ibu lebih sihat susu yang dihasilkan lebih berkualiti. Bak kata orang tua-tua apa ibu makan anak dapat. Jadi konsep itulah yang kita apply bila ambil vitamin, ibu makan makanan berkhasiat susu lebih berkhasiat. 

   Ramai yang sudah merasai keberkesanan set-set penyusuan shaklee. Jangan ragu-ragu lagi. Jika mahu mencuba boleh hubungi saya. Insya allah saya akan membantu sedaya upaya.



0 comment... add one now