AIR.. setiap hari kita minum air tetapi berapakah jumlah yang cukup untuk badan kita. Keperluan air didalam badan bergantung pada aktiviti,cuaca,diet dan pelbagai lagi faktor lain. Kita perlu minum banyak air suam yer air suam bukan air kopi, air berkarbonat atau air jus just plain water. Air ini ibarat pelincir di dalam badan, ia berfungsi bagi mengerakkan fungsi badan seperti darah kita. Tanpa air darah tidak boleh berjalan lancar menyebabkan zat-zat tidak dapat disalurkan dengan berkesan. Jadi penat jer makan pelbagai supplemen tapi badan tidak dapat serapan maksimum. Sebab itulah bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak ambil supplemen dinasihatkan minum air banyak sekurang-kurangnya 3L sehari.
Air
juga diperlukan didalam proses detoksifikasi serta bagi menghalang
penyakit dan dehisrasi. Air itu penting bagi tubuh badan kita. Jadi
minum air masak banyak-banyak. Bagi yang ingin langsing cuba amalkan
minum air masak banyak. Air boleh meningkatkan metabolisme badan
seterusnya membantu dalam proses pembakaran kalori. Mahu kulit cantik
minum air banyak-banyak kerana air akan melembabkan kulit menjadikan
kulit lebih sihat dan bercahaya.
Fakta
menarik mengenai kandungan air didalam badan kita kandungan air dalam
Otak 74%, Otot 75%, Darah 82%, Tulang 22%, Gigi 5%, Hati 69% dan Buah
pinggang 82%. Bagaimana bumi diliputi air sebanyak 75% begitu juga
badan kita air adalah bahan utama. Jadi silalah minum air masak
secukupnya.
Tanda
badan kekurangan air boleh dilihat melalui air kencing. Jika warna
air kencing kita kuning maknanya kurang air la tu. Jika kulit kering
juga tanda kekurangan air. Lihat betapa pentingnya air dalam tubuh
badan kita.
Sempena
bulan puasa yang bakal tiba ini minum air secukupnya ketika bersahur
dan berbuka bagi memastikan badan segar. Pengambilan supplemen bagi
memastikan badan sentiasa segar dan cergas juga digalakkan. Antara
yang bagus adalah Performance Drink Shaklee, minuman ini menolong
memastikan sel-sel sentiasa segar dan membekalkan tenaga. Banyak
digunakan oleh ahli sukan dan juga NASA.