Kasih Ibu Membawa ke Syurga... Betul kata-kata itu... Bagi yang menyusukan anak-anak mereka tidak kisah la sehingga umur mereka berapa tahun atau bulan...angkat tangan tangan tepuk bahu kiri anda sambil berkata "Syabas <Your Name> anda berjaya mengikut suruhan Allah dan memberi anak anda yang terbaik". Kemudian angkat tangan kiri teouk bahu kanan anda sambil berkat "Anda ibu yang hebat!".
Susu ibu banyak kelebihan dan kebaikannya lebih-lebih lagi KOLOSTRUM atau susu awal yang dihasilkan hanya selepas bersalin dan hanya ada selama 1 - 4 hari sahaja. Kandungan kolostrum sangat unik dan tiada pada susu matang apatah lagi susu formula. Jadi jangan la bazirkan titisan emas itu. Pernah dengar orang-orang lama mengatakan susu awal tu susu basi kena perah dan buang ataupun susu tu tak elok. Sebenarnya itu la susu yang paling terbaik bagi bayi yang baru lahir kerana kolostrum amat kaya dengan antibodi. Kolostrum memang sedikit kalau diperah mungkin hanya dapat beberapa sudu sahaja tetapi itu sudah cukup untuk bayi yang baru lahir. Saiz perut mereka tidak sebesar mana.
Saya pernah kongsikan ini dahulu dalam entri :http://ayuhsihat.blogspot.com/2013/04/susu-ibu-tiada.html
Jadi cukup susu tu jgn risau. Didalam kolostrum juga terdapat banyak sel hidup, serta pelbagai faktor pertumbuhan (Growth Factor) dan bersifat laksatif untuk memudahkan bayi membuang najis mekonium. Lagi banyak najis ini dibuang kurang lah risiko jaundis. Kolostrum amat kaya dengan vitamin A dan E lebih tinggi dari susu matang dan mengandungi sejenis protein bernama Sekretori Immunoglobulin A (SlgA) yang berfungsi sebangai antibodi. Malahan kolostrum mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi bagi membina saraf dan tisu didalam otak.
Apa itu susu matang? Susu matang adalah susu putih yang terbentuk selepas 3 -4 hari selepas bersalin. Kolostrum pula cecair berwarna kuning pekat (warna berbeza mengikut kepekatan kolostrum tersebut.) Cecair emas ini bersifat mudah hadam sesuai bagi perut bayi yang sangat kecil dan sensitif. Jadi bayi memang akan cepat lapar dan akan menyusu setiap 2 jam atau lebih. Bagi ibu-ibu jika bayi anda kuat menyusu jangan runsing atau risau itu bukan petanda kekurangan susu. Sebenarnya lagi kerap bayi menyusu lagi banyak susu dihasilkan kerana payudara memndapat stimulasi dan otak mendapat arahan untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kehebatan susu ibu salah satunya adalah berubah mengikut keperluan bayi. Contohnya jika hari panas susu ibu akan lebih cair bagi menghilangkan haus bayi jika hari sejuk susu ibu akan lebih pekat kerana mengandungi lebih banyak lemak bag memanaskan badan bayi. Contoh lain susu ibu bagi bayi pra-matang lebih tinggi protein bagi membantu bayi menambah berat badannya.
Rasa susu ibu juga akan berubah mengikut pemakan si ibu. Macam mak-mak kita selalu cakap makan ni nanti anak pun rasa sama. Lagi satu fakta menarik tentang susu ibu adalah apabila si ibu sakit badan ibu akan menghasilkan antibodi bagi melawan penyakit, antibodi itu akan meresap masuk kedalam susu ibu dan apabila bayi menyusu si manja mendapat kebaikan antibodi tersebut. Menarikkan vaksin on da go. Apabila ibu menyusukan bayinya hormon oksitoksin akan dibebaskan, hormon ini dikenali sebagai "hormon kasih sayang" dan juga sedatif (bahan penenang) semulajadi.
Rasa susu ibu juga akan berubah mengikut pemakan si ibu. Macam mak-mak kita selalu cakap makan ni nanti anak pun rasa sama. Lagi satu fakta menarik tentang susu ibu adalah apabila si ibu sakit badan ibu akan menghasilkan antibodi bagi melawan penyakit, antibodi itu akan meresap masuk kedalam susu ibu dan apabila bayi menyusu si manja mendapat kebaikan antibodi tersebut. Menarikkan vaksin on da go. Apabila ibu menyusukan bayinya hormon oksitoksin akan dibebaskan, hormon ini dikenali sebagai "hormon kasih sayang" dan juga sedatif (bahan penenang) semulajadi.
Fakta lain susu ibu mengandungi lebih 400 kebaikkan didalam tetapi susu formula mungkin 20 atau lebih.
Saya tahu bukan mudah mahu menyusukan anak, saya juga tahu cabaran-cabaran yang perlu dihadapi kerana saya sudah melalui dan masih menghadapinya. Semasa anak saya yang sulung ilmu penyusuan masih cetek jadi semasa 2 minggu selepas bersalin saya sudah campur dengan susu formula dengan alasan anak menangis kelaparan dan susu tiada. Tetapi selepas itu alhamdulillah susu formula hanya hiasan di dalam rumah kerana saya berusaha supaya anak saya minum susu ibu sepenuhnya. Sekarang saya sedang menyusukan anak kembar saya secara esklusif belum lagi diberi susu formula. Ada cubaan mahu beri atas alasan takut susu tak cukup (desakan pihak lain bukan atas kerelaan saya "D) tetapi si kembar tak nak. Botol pun tak mahu jadi sampai sekarang direct feeding. Dengan bantuan set penyusuan shaklee susu saya jadi lebih berkualiti untuk mereka, badan lebih cergas dan ceria.
Jika ibu-ibu diluar sana menghadapi masalah susu badan boleh hubungi saya. Saya akan bantu sedaya upaya. Sokongla penyusuan ibu.
Untuk mendapatkan set-set penyusuan boleh hubungi saya melalui sms,whatsapp,call atau email
Sumber : susuibu.com.my , kellymom.com , wikipedia , www.sarakids.com