My October Korean Drama List

 Aigoo belum habis lagi tengok list korean drama yang ada sudah keluar drama-drama baru. Korean drama selalunya 16 episode jadi jangka hayat dekat tv dalam 4 ke 5 bulan sahaja. Kalau rajin nak binge watching pun boleh, ambil masa 3 ke 4 hari jer kalau pulun tengok kalau lagi hebat 2 ke 3 hari jer. Itu memang binge watching tak bergerak-gerak, bangun pergi toilet,solat, pergi dapur hahaha lepas tu melekat balik depan tv / laptop ataupun telefon. 

Sekarang masih lagi tengok korean drama If You Wish Upon Me dan Big Mouth. Mula tengok lama dah tapi terbantut sebab membaca e-novel punya pasal. Macam binge watching gak la kalau dah baca selagi belum habis memang takkan lepas la. Macam masa dulu, kalau baca novel bila dah start baca selagi tak abis buku tu memang kemana-mana pun bawa. Kalau masa kat asrama sampai sanggup la tak gi dewan makan lagi kenyang baca buku. Perangai tu membawa la ke universiti dan sekarang ni ha. Nantilah next post kite cerite pasal novel (buku fizikal dan e-novel) tak lupa juga manga/manhwa pula. 

      

Sambung cerita korean drama tadi, If You Wish Upon Me dan Big Mouth sudah habis ditayang jadi boleh la binge watching cuma hendak cari masa la kan. Tetapi drama-drama yang baru ni pun menarik perhatian macam Law Cafe, Cheer Up dan Little Women. Kita tengok sinopsis satu-satu yer.

Little Women mula ditayang pada 3 September 2022 pada hari Sabtu dan Ahad pukul 9:10 malam di TVN dan kalau tak salah episode akhir sudah ditayangkan. Basicly, drama Little Women ni berkisarkan 3 orang adik beradik yang hidup dalam kemiskinan dan terlibat dalam 1 kes yang besar antara golongan kaya dan berpengaruh di Korea Selatan. Kakak yang sulung Oh In Joo (Kim Go Eun) membesar didalam keadaan miskin yang membuatkan dia tahu bahawa duit itu penting untuk kelangsungan hidup dia dan keluarganya. Kakak yang kedua Oh In Kyung (Nam Ji Hyun) pula membesar menjadi seorang wartawan yang ada sense of justice yang kuat. Dia berpendapat duit bukan penentu kehidupan, mungkin disini dia dan kakaknya Oh In Joo mula berbalah pendapat. Adik yang bongsu masih lagi belajar dan merupakan seorang yang berbakat didalam seni lukisan. Okay, ini sinopsis yang dapat daripada website dan akak belum tengok lagi drama ni jadi tak boleh nak bagi pendapat. Namun daripada segi populariti betapa ramai yang buat reel dan short menunjukkan drama ni worth watching. Little Women cast pun menarik, pelakon-pelakon semua yang berbakat dan memang well know. Siapa yang tidak kenal Kim Go Eun (Goblin dan The King:Enternal Monarch) dan Nam Ji Hyun ( Suspicious Partner dan 100 Days My Prince). Boleh tengok dekat Netflix, so masuk dalam list binge watch. 

Drama Law Cafe mula ditayangkan 5 September 2022 di saluran KBS2 untuk international fan boleh tengok dekat Viu. Pelakon Lee Seung Gi  (antara my favourite actor lama tak tengok dia berlakon huhu last drama tengok adalah Mouse) dan Lee Se Young. Lee Seung Gi memegang watak Kim Jung Ho dan dia seorang bekas pendakwaraya tetapi terpaksa meletakkan jawatan kerana kes skandal ayahnya. Aishhh ayah yang punya kes anak yang kena tanggung. Lepas letak jawatan dia jadi penanam anggur (unemployed) yang kaya sebab dia ada bangunan dan jadi land lord. Ada seorang kawan dari sekolah nama Kim Yoo Ri. Kim Yoo Ri pernah dikecewakan jadi dia sudah serik dengan lelaki dan tidak mahu bercinta lagi. Dia bekerja sebagai peguam di sebuah firma guaman yang besar tetapi berhenti dan buat "Law Cafe" dibangunan yang Kim Jong Ho punya tadi. Jadi orang datang lepak minum kopi dan boleh dapatkan khidmat guaman juga. Nampak macam line story yang biasa, kawan dari sekolah kemudian ada hati dekat kawan tetapi tak dapat luahkan. Kemudian ada kes yang satukan dorang, uniknya cerita korea ni walaupun line story tu kadang-kadang kita sebagai penonton ni sudah boleh agak tetapi penulis skrip dan director pandai olah jadi sesuatu yang kita tak boleh agak ending. Plot twist boleh berlaku dimana-mana yang akan membuatkan kita sakit hati.

Okay, move to drama Cheer up pula. Mula ditayangkan pada 3 Oktober 2022 di saluran SBS. Pelakon utamanya Han Ji Hyun yang membawa watak Do Hae Yi seorang pelajar di Yonhee University. Dia seorang yang bijak, cantik dan tekun disebabkan masalah kewangan keluarganya dia terpaksa melakukan banyak kerja sambilan untuk menampung kos belajar dan sara hidup keluarga. Dia menyertai skuad sorak Theia tetapi dia masuk hanya untuk duit (mungkin skuad tu ada offer duit tuk siapa yang join kut). Jadi semasa didalam skuad sorak Theia, Do Hae Yi banyak belajar tentang hidup kampus dan berjumpa dengan berbagai jenis orang antaranya Park Jung Woo (Bae In Hyuk), Jin Sun Ho (Kim Hyun Jin), Tae Cho Hee (Jang Gyu Ri), Joo Sun Ja (Lee Eun Saem ) dan Bae Young Woong (Yang Dong Geun). Drama ni macam ringan tetapi banyak fokus pada watak utama bagaimana cara dia jalani hidup sebagai seorang pelajar dan juga pencari nafkah keluarga. Hidup dekat kampus yang paling menarik perhatian tentulah love life kan tetapi boleh ke Do Hae Yi bercinta kalau dia sibuk dengan kerja sambilan dia? Ada tak orang yang boleh faham keadaaan dia dan bercinta dengan aman? So kena la tengok. 

Tengok korean drama ni kenalah pandai pilih drama, bukan semua drama sesuai dengan citarasa kita. Ada drama kita rasa superb, tip top tapi bagi orang lain biasa-biasa jer. Kalau asyik tengok drama yang heavy pun tak best juga tuk minda dan emosi sebab nak withdraw dari drama macam tu kena ambil masa. Jadi kena pandai-pandai pilih drama yang sesuai.

So nak abiskan drama yang sedia ada ni dulu kemudian kita binge watch drama yang ada dalam watch list. Byeeeee



0 comment... add one now