Kulit Cantik Menawan


Semalam, terlintas di reel IG tentang basuh muka menggunakan shampu (Yes my dear you read it correctly using SHAMPOO). Hujah influencer tersebut kenapa dia menggunakan shampu membasuh muka bukannya pencuci muka kerana zinc didalam shampu adalah bagus untuk kulit dan itu adalah info yang diberikan oleh dermatologist beliau. Beliau sudah guna shampu tersebut yang kaya dengan zinc tersebut daripada zaman sekolah dan kulit beliau cantik licin polos tetapi apabila beliau cuma untuk guna pencuci muka biasa yang banyak diiklankan tetiba jerawat muka muncul satu demi satu demi satu...

Mestilah frust bila muka yang licin tanpa masalah tetiba jerawat muncul lak, memang cissss. Beliau pun mula mencari produk-produk yang boleh mengembalikan kelicinan muka beliau tetapi tidak berjaya kerana tidak ada yang sesuai. Akhirnya beliau kembali kepada shampu tersebut dan wallah jerawat mula hilang. Sekarang muka beliau sedang dalam proses recovery. Memang nampak la beza bila dia tunjuk gambar before and after.

Okey, sekarang adakah anda berani untuk mencuba??? Kalau tanya saya, mestilah TIDAK!!! hahhaah
Bukan semua kulit itu sama, bukan semua produk itu akan bagi kesan yang sama kepada kulit kita. Kulit kita ni banyak jenis ada jenis berminyak, jenis kombinasi dan jenis kering. Pernah la juga basuh muka pakai sabun badan sebab tu memang lupa sesangat nak bawa pencuci muka, kesannya muka kejung dan kering. Nasib baik bawa pelembab muka, jadi sapulah extra daripada selalu nak bagi hilang rasa muka kejung tu.

Berbalik pada kisah zink tadi, memang zink bagus untuk kulit, untuk hilangkan jerwat, sistem imun badan, mencepatkan sembuhnya luka dan ini bagus untuk kaum Adam bagus juga untuk sperma. Tak caya??? leh la baca artikel ni 

Namun tak bermakna boleh jer pakai shampu kat muka, kalau berani silakan tetapi kesannya tanggungla sendiri. Influencer tersebut berkongsi info dan pengalaman beliau bergantung pada kalian untuk menilai. Sekarang banyak jer serum kulit yang ada kandungan zinc kena rajin baca bahan dalam produk kemudian cari review sebelum mencuba. Kalau tak pun makan jer lah vitamin zink terus, banyak jer dalam pasaran macam jenama ada tetapi saya tetap setia dengan Shaklee.

Muka adalah aset kita, zaman sekarang tak kira wanita atau lelaki sama jer semua jaga kulit muka. Kalau dah rosak memang seksa nak bagi pulih semua. Produk timbang kilo pun seeloknya elakkan juga, fast result yes tetapi takut penyakit lain yang dapat. Sekejab jer kulit licin macam telur dikupas lepas tu jadi macam bulan purnama berlubang-lubang. 

Jadi tepuk dada tanya selera yer...

0 comment... add one now