Jangan terlalu risau kata-kata orang...


Assallamualaikum

Seorang kanak2 kehilangan sepasang kasut ditelan oleh air laut...
Lalu dia menulis di atas pasir pantainya, Laut ini pencuri...!!

Tidak jauh dari situ seorang nelayan memperoleh hasil tangkapan ikan yang banyak
Lalu dia menulis di atas pasir pantainya
Laut ini sangat pemurah..!!

Seorang pemuda tenggelam di hanyutkan oleh air laut...
Lalu ibunya menulis di atas pasir pantainya : Laut ini Pembunuh Pembunuh...!!

Di sebelah sana pulak, seorang lelaki tua memperoleh sebutir mutiara yang berharga dari hasil tangkapan lautnya lalu ia menulis.. Laut ini punca rezeki.

Tidak lama selepas itu, pantai di badai oleh ombak dan terpadamnya semua kata2 tadi....

pengajarannya....
Jangan hiraukan kata2 orang mengenai diri kita, Masing2 melihat dari sudut pandangannya sahaja.
Hapuskan persengketaan untuk mengekalkan persahabatan, jangan putuskan persahabatan kerana satu kesalahan.💚

Jangan terlalu risau kata-kata orang...

0 comment... add one now