7 Golongan Dinaungi Allah

[USRAH]

TUJUH GOLONGAN DINAUNGI ALLAH

Tujuh manusia dikasihi Allah,
Di padang mahsyar dalam lindungan,
Sepanjang zaman menjadi qudwah,
Semoga kita tidak ketinggalan.

Pemimpin adil takutkan Allah,
Memerintah negara berlandaskan syariat,
Nasihat ulama tidak dibantah,
Kebajikan rakyat tidak disekat.

Pemuda hidup mentaati Allah,
Cekal beribadat sepanjang masa,
Hidup sentiasa mengikut sunnah,
Membangunkan umat dengan agama.

Pada masjid hati terpaut,
Ke mana pergi pasti dicari,
Meskipun ilmunya bukan selaut,
Kekurangan diri sentiasa diperbaiki.

Berkasih sayang kerana Allah,
Bertemu berpisah keranaNya jua.
Tangkas berjuang, melangkah gagah,
Pasti keimanan terasa manisnya.

Lelaki soleh takutkan Allah,
Tegas menolak ajakan zina,
Iman teguh tidak tergoyah,
Menepis godaan gadis durjana.

Orang yang sedekah seikhlas hati,
Tanpa diketahui tangan kiri,
Pahala diperolehi besar sekali,
700 pahala dijanjikan ilahi.

Lelaki bersunyian di malam hari,
Lalu menangis mengenang dosa.
Menjalani proses pembersihan diri,
Mengharap keampunan tanpa kecewa.

Demikian tujuh golongan mulia,
Dirahmati Allah sepanjang masa.
Semoga kita terus berjaya,
Mendapat keredhaan Allah Yang Esa.

7 Golongan Dinaungi Allah

0 comment... add one now