TIPs UNTUK KURANGKAN ANAK-ANAK BERGADUH




Anak-anak saya memang suka sangat gaduh kadang2 sampai dah tak larat nak layan, elok nya adalah 5 minit pastu gaduh balik. Ini tips yang saya dapat daripada FB Page Ibu Rose, akan cuba praktik kan. Saya share dekat sini supaya ibu-ibu yang lain dapat manfaatnya juga.


TIPs UNTUK KURANGKAN ANAK-ANAK BERGADUH

Anak-anak suka bergaduh kerana masing-masing berasa kurang selamat dari segi kasih sayang. Ini adalah perkara biasa walaupun ibu bapa berusaha memberi kasih sayang yang sama. 

Banyak sebab mengapa anak-anak suka bergaduh. Namun, kita boleh pegang pada satu perkara utama, iaitu mereka merasakan mereka kurang dikasihi. Ini tidak semestinya kerana perbuatan ibu bapa, ianya boleh jadi kerana tanggapan anak itu sendiri. Oleh itu janganlah berasa sedih berlebihan pula.

Anak-anak kita ada perjalanan hidup mereka sendiri. Mereka juga perlu mempelajari hidup ini sendiri. Kita ibu bapa hanyalah 'GUIDE' dan pemimpin mereka. Ibu akan kupas mengenai perkara ini pada penulisan nanti.

Malam ini, apa yang Ibu hendak kongsikan ialah sedikit Tips untuk anda boleh mengelakkan anak-anak dari suka bergaduh atau mengurangkannya.

1- Selalu menunjukkan kasih anda kepada anak-anak anda, sama rata. Jangan lokek untuk MEMELUK, MENGHARGAI, SENYUM dan yang sepertinya.

2- Panggillah dia dengan nama yang membawa kepada rasa seronok ke dalam dirinya. Contoh, Danish my small hero atau Aisyah anak ibu yang rajin. Ini akan memberi mereka identiti yang baik terhadap diri mereka.

3- Bila mereka bergaduh.
-Leraikan dan dengan penjelasan dari kedua2 pihak dengan teliti. Beri masa untuk mereka menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada satu sama lain.
-Setelah mendengar tanya apakah yang mereka hendak adik atau abang atau kawan mereka lakukan untuk mereka berasa happy kembali.
- Ajak bertolak ansur dan lakukan dengan adil. Jangan asyik suruh abang mengalah dgn adik atau adik mengalah dgn abang. Buatlah dengan adil. Tidak semestinya kerana dia abang, dia kena mengalah dgn permintaan adik yang tidak munasabah. Jika anda selalu melakukan begini, dua perkara akan berlaku, abang akan berasa dia tidak penting dan ini menyiksa batinnya dan adik bermaharajalela dan menjadi anak yang lenja dan tidak bertanggung-jawab.
Panjang lagi cerita kita ni. Nanti kita sambung.

Apa yang Ibu hendak pesan, malam ni pergi kepada anak-anak dan pada setiapnya;
- SENYUM
- PELUK
- DOAKAN MEREKA DI HADAPAN MEREKA
- PANGGIL MEREKA DENGAN IDENTITI POSITIF - contoh. 'ALANG YANG PENGASIH' etc
- BILA NAK TIDUR, BAYANGKAN ESOK, ANAK-ANAK ANDA SANGAT BERTOLAK ANSUR DIANTARA SATU SAMA LAIN. NAMPAKKAN DENGAN JELAS DI DALAM MINDA DAN HATI ANDA. Inilah DOA.


nanti bila Ibu Rose sambung lagi tips pasal hal ni saya akan share lagi yer...

0 comment... add one now