Khas buat ibu-ibu dan bakal ibu...
"susu saya xder la sbb tu bg susu formula"
"anak saya selalu menangis lapar sbb susu saya tak cukup"
"bila perah 1oz pun tak sampai"
Biasa dengarkan statement kat atas... Menyusu badan perlukan kekuatan mental dan emosi. Ibu-ibu jangan cepat mengalah. Ibu-ibu WAJIB sediakan diri dengan ilmu penyusuan supaya tidak stress dan cepat putus asa bila menyusukan si manja. Ibu-ibu kena SABAR.
Ramai yang masih salah faham, ramai yang menyangka hari pertama selepas bersalin susu dah turun mencurah-curah. SALAH tanggapan itu. Hari 1-3 badan menghasilakn kolostrum iaitu cecair yang berwarna kuning. itu adalah EMAS berharga buat si manja sebab ia mengandungi antibodi yang susu formula tidak dapat bagi. Belilah semahal mana susu formula tetapi tetap tidak sama dengan susu ibu.
Kolostrum berfungsi untuk memberi antibodi kepada bayi dan juga membantu bayi membuang mekonium (najis bayi yang berwarna hijau) daripada usus bayi. Najis ini terbentuk daripada dalam rahim lagi. Dalam masa 1 - 3 hari bayi hanya akan dapat kolostrum sahaja jadi ibu-ibu jangan stress bila pam hanya dapat 1oz atau bila picit setitik jer yang keluar.itu adalah NORMAL. Selepas itu barulah susu matang (susu putih) akan terbentuk. Teruskan penyusuan kerana konsep susuan ibu adalah DEMAND 'N' SUPPLY. Selagi ada demand mesti ada supply. Ibu-ibu kena ingat itu.
Bayi menangis masa seminggu awal lepas lahir memang normal kerana dia belum biasa dengan dunia luar. Jadi ibu-ibu kena memahami apa punca tangisan bayi anda mungkin kerana basah punggungnya, mungkin kembung, mungkin sejuk, mungkin lapar atau mungkin hanya mahu dipeluk.
Ibu-ibu kena sabar dan kuatkan mental juga emosi. Saya tahu bukan mudah kerana selepas bersalin badan masih lemah ibu-ibu mahu berehat tetapi bayi asyik bangun mahu menyusu. Satu perkara bila saya merasa penat menyusukan bayi saya "Setiap makhluk atas muka bumi ini ada susu untuk anak masing-masing begitu juga manusia mengapa saya yang ada susu untuk anak sendiri mahu bagi susu lembu padanya. Susu manusia untuk manusia".
Perut bayi semasa bayi hanya sebesar guli sahaja jadi kolostrum yang terhasil cukup untuknya. Mengapa bayi selalu menangis lapar? Bukan kerana tidak cukup susu cuma susu ibu mudah hadam berbanding susu formula. Lagi kerap ibu menyusukan bayi lagi banyak susu akan terhasil. Bayi yang minum susu formula tidur lama, memang betul saya tidak nafikan. Tetapi mengapa dia tidur lama? Kerana badan yang halus itu sedang bekerja keras menghadam susu formula yang diberikan. Kesian baby.
Kunci utama penyusuan ibu:
1. SABAR
2. DEMAND N SUPPLY
3. EMOSI DAN MENTAL HARUS KUAT DAN SEIRING
4. ILMU
5. YAKIN SUSU IBU ADALAH TERBAIK
6. YAKIN SUSU ANDA BANYAK
7. JANGAN STRESS
Boleh refer entri ini untuk ke beberapa artikel mengenai penyusuan anak semoga membantu :
Penyusuan Susu Ibu
Ok...cukup setakat ini dulu..kembar dah bangun mahu menyusu dan mandi. Saya akan kongsikan lagi ilmu penyusuan dalam post akan datang.