Kumpul 100oz dalam masa 10 hari!



Firman Allah : Surah Al-Baqarah ayat 233
 "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."

Terujakan tengok gambar-gambar seperti di bawah..... Kita juga mampu lakukannya.... Bagaimana??? 




Saya akan kongsikan beberapa cara yang saya amalkan...

1. Pam secara berkala

    Untuk ibu-ibu yang baru bersalin boleh mula pam susu selepas 2 minggu bersalin. Pada waktu tersebut susu matang sudah mula terhasil. Jangan stress atau risau apabila pam hanya dapat 2 atau 3 oz sahaja. Pada ketika itu bayi sentiasa dengan anda, jadi direct feeding lebih penting. Selepas dapat sesuaikan rutin dengan jadual pam insya allah hasil pam anda akan meningkat.

    Bagi ibu yang sudah berkerja, pam secara konsisten setiap 2 atau 3 jam. Ini untuk memastikan badan setiasa mendapat signal yang susu perlu dihasilkan. Jangan ambil ringan mengenai hal ini kerana bila badan sudah tidak dapat signal,otak akan mengeluarkan arahan tidak perlu hasilkan susu. Akibatnya susu merundum. Hal ini saya belajar from the hard way, dek kerana terlalu sibuk dengan kerja jadual pam saya dari 3 kali sehari ditempat kerja menjadi 2 kali kadang kala hanya sempat sekali sahaja. Akibatnyer susu yang dapat saya pam makin kurang dan makin kurang. Sampai satu hari tiada setitis pun susu yang keluar. Sedih yang tak terperi masa itu. Jadi ibu jangan culas ya demi anak-anak.

Di sini saya kongsikan jadual perahan susu ibu 

 Credit : http://vitamin.ibucergas.com 




2. Disiplin

   Serba sedikit sudah saya sentuh tadi. Ikut jadual pam sedaya upaya demi anak-anak. Insya allah hal yang baik akan dapat bantuan dari Allah. Jangan culas! 

3. Supplemen atau makanan tambah susu

     Banyak petua-petua untuk menambahkan susu badan antaranya makan jantung pisang, makan peria katak,minum air longan kering dan macam-macam lagi. Saya pernah mencuba semua itu, memang susu bertambah tetapi sekejab sahaja. Tak larat nak makan jantung pisang hari-hari. Jadi saya mencari suplemen dan berjumpa dengan Shaklee. Shaklee menyediakan pelbagai set untuk ibu menyusu. 

Set Ibu Menyusu
a. Set B (Vitamin Asas)
* Vita lea dgn Iron Formula* B Complex* Vitamin C* Alfalfa*

b. Set Eu Four Pack (Vitamin Asas Tanpa Alfafa) 
Alternatif bg ibu atau bayi yg elergi alfalfa)
* Vita lea dgn iron Formula* B Complex* Vitamin C* Ostematrix*

c. Set E ( dgn Alfalfa dan Kalsium)
* Vita lea dgn iron Formula* B Complex* Vitamin C* Ostematrix* Alfalfa*

d. Set Eu For Pack ( Dgn Protein)
* Vita lea dgn iron Formula * B Complex* Vitamin C* Ostematrix * ESP *

e. Set Triple M (set penyusuan optimum)
* Vita lea dgn iron Formula* B Complex* Vitamin C* Ostematrix* ESP*Alfalfa*

Dengan bantuan suplemen, badan ibu lebih sihat dan dapat menghasilkan susu yang lebih berkualiti. 


4. Minum Air 

   Air itu penting untuk tubuh badan kita. Sila minum air lebih dari 3liter. Selepas menyusu selalunya ibu akan merasa lapar sebenarnya ibu haus bukan lapar. Minum air secukupnya dan ambil snek yang berkhasiat. Air akan menghilangkan rasa lapar. Orang kata menyusukan badan boleh kuruskan badan lepas bersalin kenapa saya tidak??? Ramai yang rasa begitu. Ini berpunca kita ambil kalori berlebihan dari yang sepatutnya atas alasan selepas menyusu mesti lapar bila lapar makan la... Selepas ini kalau rasa macam itu cuba minum air dulu. Memang betul jika menyusu badan perlu 500 kalori lebih dari diet harian tetapi kalau asyik makan tanpa henti sakit lain pula yang dapat. 

5. Power pumping

    Kaedah bagi menambah penghasilan susu badan. Caranya :

    Bagi single pumping:
    10 minit payudara kanan berhenti kemudian 10 minit payudara kiri. Selang seli selama sejam.
    
    Bagi double pumping:
    10 minit kedua-dua payudara. Rehat 10 minit. Sambung balik 10 minit. Rehat 10 minit dan seterusnya  sehingga sejam.

  Kaedah ini sesuai bagi ibu-ibu yang mengalami susu merundum, relaktasi dan bagi yang ingin menyusukan anak angkat. Lakukan sekali sehari, sebaiknya pada waktu subuh atau awal pagi kerana pada waktu hormon prolactin sangat tinggi. Selepas seminggu baru nampak hasil jadi tolong bersabar dan teruskan usaha. Insya allah berjaya.

6. Amalan Rohaniah - Solat, Doa dan Tawakal

     Allah itu Maha Penyayang, Dia akan tolong umatnya yang berusaha. Semasa menyusukan zikir "Ya Matin" dalam hati dan selepas sembahyang sebanyak 70 kali.

“Ya Allah, permudahkan segala urusan kehidupanku, banyakkan susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang Engkau syariatkan. Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku.” - Baca doa ini sambil  tangan dipayudara, semoga Allah permudahkan usaha penyusuan ibu-ibu.

Jika berminat untuk mendapatkan set penyusuan  Shaklee boleh hubungi saya menerusi email atau whatsapp atau sms. Insya allah saya akan membantu sedaya upaya.







0 comment... add one now