Kau Masih Jual Shaklee Lagi?


Pernah beberapa kali kengkawan bertanya "Ayu, masih jual shaklee lagi?"
Jawapannya. "Masih lagi, kenapa nak beli?"

Soalan ini akan muncul jika wall FB atau social media yang lain sunyi daripada update tentang produk Shaklee. Kadang kala kena juga tukar strategi kan, tidak update tidak bermaksud sudah tidak menjual cuma fokus pada yang lain sahaja.

Suatu masa dahulu kenal suplemen hanya untuk kepentingan sendiri lama kelamaan timbul minat untuk tahu lebih lanjut. Timbul minat untuk tahu apakah disebalik Shaklee yang buatkan ramai yang giat share sana sini. Kenapa kengkawan yang buat Shaklee masih bertahan kemudian dorang suka sangat share pasal Shaklee. Kalau hendak ikutkan kesan lepas makan takde la serta merta macam sesetengah produk yang janji dalam masa sekian sekian mesti ada perubahan ketara. Pastu dorang ni yang perasan takde pun tayang handbag, tayang keta macam style orang MLM dulu-dulu. Tertanya-tanya jugak.

Bonus shaklee sangat best kah?
Reward shaklee sangat menyeronokkan kah?
Suplemen Shaklee sangat bagus kah?

Watch and learn that what i did and what i found was very interesting.

Kebanyakkan yang menjual Shaklee bermula dengan kisah jatuh cinta pada produk Shaklee itu sendiri kemudian dorang mula sebarkan kebaikan yang telah mereka alami supaya orang lain juga merasai perkara yang sama. Good things we share to all. Kepuasan yg diperolehi membuatkan mereka meneruskan berkongsi tentang Shaklee. Kepuasan apa? Kepuasan membantu orang lebih sihat dan membantu orang lain yang hadapi masalah yang sama macam dorang dulu.

Then i decide to try it. Wow, the 1st experience helping people was mindblowing. After a few more time successfull helping people, i decided i am going to do this for along long time. The more i shared the more i fall in love with Shaklee. Shaklee was build to last sebab itu Shaklee mampu bertahan sehingga sekarang dah lebih 100 tahun.


Produk yang ada Landmark Study, ada beribu journal, beratus ujian klinikal, testimonial mereka yg berpuas hati tidak perlu diperkatakan lagi dan Landmark Study II on the way yang khusus untuk telomere sahaja. Mereka yang bertanggungjawab jalankan Landmark Study ni Pemenang Nobel bukan calang-calang orang. Sesuai dengan moto Shaklee Always Green, Always Safe, Always Natural. Itu kebaikan produk Shaklee.

Keistimewaan MLM Shaklee pula, ramai yang telah rasai reward yg Shaklee tawarkan sangat-sangat hebat dan puas hati. Reward yang diberikan membuatkan para SID rasa tersangat dihargai.Bukan sahaja 5 star trips siap duit poket lagi tetapi layanan yang diberikan kepada mereka buatkan segala usaha menjadikan Shaklee semakin dikenali berbaloi. Sudah berapa ramai yg menjadi WAHM disebabkan Shaklee? Sangat ramai dan mereka sangat suka kerana dapat melihat anak-anak membesar depan mata dan menjaga keluarga dengan tulang 4 kerat mereka sendiri. Impian setiap ibu dan isteri yang bekerja. SAHM pula berapa ramai yang sudah menjadi surirumah bergaji juga sangat ramai.


Shaklee sudah dikenali ramai, tidak perlu untuk overclaim kerana produknya memang sudah tentu berkesan. Tidak perlu gentar kerana produk shaklee memang selamat dan produk Shaklee bukan semata-mata bergantung pada testimonial pengguna sahaja. Mereka ada ujian klinikal dan journal mereka. Jika ada yang claim selepas ambil Shaklee dia sakit, sila kemukakan aduan tidak perlu takut.Kepuasan daripada kejayaan membantu orang membuatkan saya akan terus dengan Shaklee. Doakan saya berjaya buatkan orang lebih sihat dan dijauhi daripada sakit-sakit kronik insya allah.


0 comment... add one now